Friday, September 21, 2012

Pemerkosaan

.

"...emparkan sekeping loti,", permintaannya tidak diendahkan, "tolon...?".

Barulah sekeping roti yang telah siap dibakarkan melayang dan jatuh ke dalam piring kaca. Secepat rotinya melayang, secepat itulah tangannya menjulur mahu mencapai pepisau mentega yang agak jauh di depannya tapi tak tercapaikan. "tulung...?" pintanya lagi. Pada kali, dia bukan sahaja suguhi pepisau mentega tetapi juga sebuku mentega mencair, manakala pepisau itu tertancap pada mentega itu.

Kurang lebih 20 minit lagi, sebuah jeep akan mampir untuk membawanya jauh ke tengah hutan libur. Ya, 'weng' malam tadi belum habis lagi, pagi-pagi ini dah nak pergi jauh ke tengah hutan. Sebelum dia berlibur di dalam hutan itu, perutnya perlu diisikan. Walau bukan dengan Nasi Lemak seperti selalunya, beberapa keping roti bakar dan mentega dirasakan sudah cukup dan memadai kalau setakat mahu libur-libur.

"Siapa yang kamu mahu perkosa hari ini?"

Dia tak jawab. Hanya mulutnya terkumat-kamit beberapa ketika sebelum kembali menguyah cepat. Kepalanya diangguk-anggukkan beberapa kali, seolah-olah dia mengiyakan sesuatu yang bermain-main dalam kotak kepala. Habis sekeping roti, dia minta sekeping lagi.

"Siapa yang tunggu kamu di situ?"

Juga tak dijawabnya. Hanya matanya memandang tepat kepada si penanya. Setelah bertentang mata beberapa saat (dengan mulut terus mengunyah cepat), tangan kirinya mengucek-ucek mata, seperti ada habuk roti yang terbang ditiup libasan angin dari kipas angin. Dengan muka bersahaja, dia lemparkan sedikit senyuman dan angkatan kening beberapa kali kepada penyanya. Senyumnya meleret.

"Sudahlah...!" si penanya telah bosan dan pergi.


Tidak lama kemudian, bunyi enjin jeep menderu di laman rumah dan disusuli dengan bunyi hon beberapa kali. Dia bingkas bangun keluar, meninggalkan sebahagian roti bakar yang belum sempat dikunyah.

"Yom! Kita libur-libur dalam ujan." dan dia pun pergi bersama-sama jeep itu masuk ke dalam hutan.

"Siapa pula yang kita mahu perkosa hari ini?" pertanyaan yang sama dilontarkan kepadanya.

Dia tersenyum-senyum, kepalanya diangguk-anggukkan seperti mencari-cari siapakah yang bakal menjadi korban.

"Yati...." jawabnya pendek. Matanya melirik ke gergaji berantai di belakang.







.

22 comments:

LydSunshine said...

Perkosa pokok ke? Teringin nak buat karangan macam gini. Tapi tak reti. Huhu.

Nizam.Ariff said...

LydS,
perkosa sumber hutan jati...

ko punya tulisan kat entri ko tu pun okeh pe... sedap membacanya, sampai maksudnya...

amn said...

ron, class, setuju dgn pengomen 1

Nizam.Ariff said...

azani,
terima kasih...
jap.. ko setuju diperkosa ke? keh keh keh

tasekM said...

sian pokok yati...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
tu poko Yati Yemas tu... mahal... hahaha

amn said...

tak rela you....hi hi

Nizam.Ariff said...

azani,
nasib baik... hahahaha

alien.pakai lipstick said...

Karangan yang sungguh berbakat.kagum aku.

Lady Windsor said...

Aku kagum. Berbakat sungguh karangan ini..err alien pakai lipstick, idea aku sama dgn ko...

Nizam.Ariff said...

alienpakailipstik,
terima kasih...
itu kira karangan ker? hahaha




LW,
aku sampai sekarang tak tau siapa si alien tu... dia tu ko ke?

Lady Windsor said...

mana der...bukan aku wehh...dia adalah alien...aku adalah homosapien..

Nizam.Ariff said...

LW,
oo... ok.
kalau ko homosapien,
aku homoerectus la.. sebab aku jantan. keh keh keh

Lady Windsor said...

bhahahaha..pandai!

Nizam.Ariff said...

LW,
weh.. ko tau, homoerectus adalah specis 'manusia' yang 'kalah' dalam perkembangan 'evolusi', mrk mendiami kawasan eropah...

Lady Windsor said...

Kan ke spesies ni pelik sket kan?

Nizam.Ariff said...

LW,
dia lebih besar, lebih tegap tapi kalah.. teori mengatakan dia org kalah sebab biologi mereka tak sesuai/ tak beradaptasi dgn zaman/cuaca sedangkan homosapien lebih 'agile' dan kecil...

tapi tu semua teori evolusi yang 'haram' untuk kita hayati...

namun kita boleh anggap bahawa satu waktu dahulu ada segolongan manusia yang telah Tuhan hancurkan kerana kerosakkan yang mereka lakukan dan Tuhan gantikan dengan manusia sekarang ni...


Aku ada tulis artikel tentang ini tapi bukan dalam blog... hanya sekadar artikel yang aku email kepada kawan2..

Ianya bermula dengan pertanyaan Malaikat kepada Tuhan semasa Adam mahu diciptakan. Pertanyaan ' tidakkah nanti akan berlaku lagi kerosakan...?"

persoalannya, bagaimana Malaikat tahu telah berlaku kerosakan kecuali mereka telah diberitahu oleh Tuhan atau mereka telah menyaksikan sendiri kerosakkan tersebut... kerana Malaikat hanya tahu apa yang Tuhan beritahu sahaja...

Dan kerosakan yang dimaksudkan itu bukanlah kerosakkan yang dibuat oleh dinosour atau T-Rex sebab binatang2 bukan 'pemimpin'.. dia orang tu semuanya binatang.

Ahli tafsir mengatakan kerosakan itu dilakukan oleh golongan Jin... tetapi kerosakan yang dilakukan oleh golongan Jin tidak 'nampak' pada fizikal dunia itu sendiri... sedangkan kerosakan yang berlaku pada pendapat aku lebih kepada kerosakan seperti mana yang dunia alamai sekarang ini...

huh.. panjangnya.... tu la.. aku dah cakap...
nenti2lah aku cerita lagi...

amn said...

huh...anti kimaks lah...cer buat entri...aku tunggu.

bukan entri anti kilmaks tapi entri berkenaan manusia dan kerosakan

Nizam.Ariff said...

azani,
nanti2 la..
kasi org puas baca dulu cerita sebelum ni...
sehari satu panjang2.. tak sempat orang baca nanti.... hahahaha

amn said...

sori ron

take your time


sepa said...

menarik ko tulis. suka.

cuba ko tulis tentang laut pulak.



oya, tentang evolusi tuh. mengarut jeh tuh. walaupun dak saintis pernah mengatakan chimpanzi adalah paling hampir ngan manusia. tapi, tetap tak dak link yang distinct.


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
hmm.. menarik juga..
dah lama aku tak tulis pasal laut dan camar...

eh, kat Malaysia ada camar tak?

ko anak laut. ko boleh tulis lebih bagus....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com