.
Bila baca entri Sepa tadi, serta merta aku teringat kisah lama... begini:
Malam itu adalah malam yang ke-3 aku di situ. Buat ke-3 kali berturut-turut aku tidur tanpa bunyi dengung dengkuran abang aku. Juga malam ke-3 aku tidak merasai makan malam dengan Emak dan Bapak. Itu juga adalah malam ke-3 aku berseorangan di kaki Bukit Larut.
Aku masih kecil, terlalu kecil untuk seorang budak kampung yang hanya tahu tentang gasing, pancing dan layang-layang untuk memulakan hidup berdikari.
" Homesick? " seorang kawan baru yang senasib dengan aku menegur.
Aku malas bersembang, jadi aku hanya geleng-gelengkan kepala. Tak perlu aku kongsikan perasaaan seorang anak bongsu yang terpaksa berpisah dengan Emak dan Bapak. Aku tak kenal dia. Aku belum kenal lagi siapa namanya. Aku malas nak tanya pun.
Di luar, hujan turun renyai-renyai menyejuk langit malam. Sunyi sungguh! Lebih-lebih lagi apabila jam 11 malam adalah waktu untuk lampu semuanya ditutup. Tidak boleh keluar ke mana-mana. Apa yang aku boleh buat? Aku hanya terkebil-kebil menanti subuh. Menanti sarapan pagi sebelum meneruskan sessi suaikenal aku di MRSM Taiping.
Dalam kesunyian itu, aku capai sebatang pen.
Aku keluarkan sebuah buku tulis " Yayasan Sabah " yang diberikan oleh salah seorang abang aku yang mengajar di Pamol, Sabah pada ketika itu. Aku tahu, hanya coretan jiwa seorang budak, yang baru lepasi Penilaian Darjah 5, yang mampu mengisi ruang kosong malam itu.
Apakah yang patut aku tulis?
Di luar, hujan masih menitis kasar. Dan malam itu sungguh sunyi dan sejuk. Agak lama aku termenung. Akhirnya, aku coretkan mata pen aku di atas kertas. Aku tulis "Hujan Malam".
Tanpa ada jalan cerita yang jelas, aku tulis sebuah cerpen yang agak panjang dengan gerak perasaan aku pada ketika itu. Aku tulis tentang seorang budak kecil yang mengharungi kehidupan di asrama penuh. Aku siapkan cerpen itu dalam 5 malam seterusnya.
Nota:
Cerpen 'Hujan Malam' telah aku simpan sehingga aku tamat tingkatan 5. Sebelum kami semua berpisah dan pulang ke kampung masing-masing, aku hadiahkan buku itu kepada Awisul Islah Ghazali kerana dia suka membacanya.
Kali terakhir aku jumpa Awisul Islah iaitu beberapa tahun selepas itu dia masih ingat lagi cerpen 'Hujan Malam' dan dia kata dia masih simpan buku aku itu.
Prof. Dr Awisul Islah, kalau kamu masih ada buku itu (aku rasa macam dah tak ada) dan kamu terbaca tentang rayuan aku, sila pinjamkan buku aku kerana banyak memori aku di MRSM Taiping telah aku lupakan secara sengaja dan kini aku cuba kutip cebis demi cebis dalam terpaksa...
.
23 comments:
tinggal asrama memang best sebab ada peluang panjat pagar tengah malam dengan kawan2 seperjuangan. sesekali terasa jugak pedihnya bila bibir pecah kena tempeleng dengan warden.
kecil kebendenya dah form 4? keh keh
masa sekolah tak pernah duduk asrama.. pernah kena paksa, tapi tetap takmo pergi. hehe.
kog,
tingkstsn 4 ke...?
bukan tingkatan 1...?
.
SM,
aku belum pernah merasa kena tempeleng dgn warden... abis kuat pun kena rotan dengan ranting je... hahaha
KOG,
Tak macho la masuk asrama Tingkatan 4...
Orang masuk tingkatan 1, baru sasa.... hahaha
oshinz,
asrama tu asalnya untuk tolong anak-anak orang susah macam aku je... sekarang ni, asrama dan tajk asrama kualitinya sama je...
TM,
Haah.... tingkatan 1.
aku ada bagi hint Penilaian Darjah 5.
aku syak KOG tak ambik Penilaian Darjah 5. Aku adalan batch 3 terakhir. Lepas 3 batch selepas aku, sukatan dan ikut KBSR / KBSM kalai tak silap...
ko pun tak ambik penilaian darjah 5, kan?
Buku tu cerpen ke novel? Cerpen takkan bleh buat buku. Wah, member tu dah jadi prof dr lagi. Dia tau ke en nizam ada blog ni?
tak.
aku dgn kog tu beranak sama tahun..
.
Wow..nak!
Sebab kita di asrama penuh juga dulu. Mana tau ada kenangan utk dikongsikan?
Prof. Jgn buat pasal.
LyDS,
buku tulis tu sebenarnya himpunan cerita2 aku... kirqa2 macam diari la...
TM,
ko sebaya KOG eh?
Cheryna,
macam yg aku tulis tu la... banyak kenangan kat sana aku padam...
Ko ex- MRSM Taiping gak ke?
orang tua je ambik peksa darjah 5... pastu darjah 6 buat apa entah
KOG,
darjah 6 kita org belajar sejarah Athens dan Sparta...
ko hade? hahaaaha
Whoaa nampak gayanya korang ni sumer pangkat hadek-hadek la yek...zaman aku dulu cuma ada peksa penilaian darjah 3 dan peksa penilaian darjah 5.. Aku rase korang tak wujud pun lagi masa tu...tak pun masih menetek celah ketiak mak...muehehe..
Cerpen pertama aku kuar kat majalah Dewan Siswa berjudul Salji Masih Berguguran, kecoh satu sekolah...skang otak beku sudehhh...Sebeku salji itu...
aku rasa aku belajat mahatma gandi, conficius, washington,lincoln, lister. florence , nabi isa dan nabi muhammad, nintingale,julius ceaser,curie laki bini, oliver beradik, dari darjah 4 hingga 6 dan dipanggil tawarikh,flemmimg pun ada. keluaran dbp rasanya.
Awisul satu dorm ngan aku masa kita kat MRSM Kulim dulu, dia di seksyen belah hujung, sebelah bilik tivi. Biasanya, sebelum nak ke bilik tivi tuh, kena intai dulu dari balik dinding (sebab nak ke bilik tivi, kena pusing satu dorm), maka kita kena lalula seksyen dak Awisul. Aku selalu borak ngan dia. Periang orangnya, zuhud juga (dalam lemari ada sehelai dua pakaian jeh), peramah dan sangat rajin membaca. Satu perkara paling aku suka tentang Awisul, dia sentiasa senyum dan sentiasa berfikiran positif, hatta, seksyen dia (yg ada beberapa org bebudak dr MRSM KB - bebudak Kelantan) jadi tempat kitaorg dan bebudak kelantan berkumpul.
Aku cakap panjang2 nih, kalau ko jumpa dia kirim salam eh.
Eh. Ko ingat lagi Anoy, budak MRSM BalikPulau yg suka lukis kartun.?!
.
Wahhh korang ni menggali nostalgia eh...
Aku punya sisi gelap masa dok asrama ialah menterbalikkan tray makanan atas meja makan sebab protes makanan yang dihidang macam hapantah...lepas tu masuk border school aku jadi pasif..
LW,
aku memang kecik lagi.. comey lagi nih... hahaha
azani,
aku bukan belajar tapi masa aku darjah 3 depan bilik darjah aku ada stor buku teks lama... bila time cikgu tak ada, aku masuk bilik tu.. buku menimbun tinggi.
aku baring atas buku2 tu dan aku baca semua teks darjah 4,5,6... itu yg aku tau tu..
Sepa,
Oo.. Awisul ada kat Kulim ek masa tu?
aku tak perasan..
Anoy belajar separuh jalan.. dia minat nak lukis kartun...
LW,
kuat protes tu ...hahaha
LW,
aku memang kecik lagi.. comey lagi nih... hahaha
azani,
aku bukan belajar tapi masa aku darjah 3 depan bilik darjah aku ada stor buku teks lama... bila time cikgu tak ada, aku masuk bilik tu.. buku menimbun tinggi.
aku baring atas buku2 tu dan aku baca semua teks darjah 4,5,6... itu yg aku tau tu..
Sepa,
Oo.. Awisul ada kat Kulim ek masa tu?
aku tak perasan..
Anoy belajar separuh jalan.. dia minat nak lukis kartun...
LW,
kuat protes tu ...hahaha
iyer la. kami duduk di TDI, ko di Tun Perak. depa susun ikut abjad.
A sampai H (H yg masih hensem di TDI.!)
ok. ini gambaran aku tentang Awisul.
Berdirinya paras bahu aku, putih kulitnya bak kapas, lebar senyumannya dan manis. Bergetar suaranya bila berkata2, dan lemah lembut gaya bahasanya.
...dan paling penting, rambutnya cacak2...
a ah. dia la tu kan. katilnya depan Asyok, dan sebelah Azhari.
woi, aku selalu lepak ngan dia sebab dia tera matematik. Asyok juga genius matematik dari Kelantan.
.
:)
.
sepa,
aku kenal dia.. sebab sama2 kat taiping lagi..
cuma aku kata aku tak perasan yang kita org sama2 kat Kulim...
dia antisosial lebih daripada aku kut..
err.... atau sebab dia geng lepak surau? ko jangan nak ngata aku lak ek..
yer yer, habis masa kelas. dia memang duduk di surau. jauh malam baru balik. sama ngan dak Faisul, dak Che Rahim dan dak Engku.
:)
sepa,
owh.. patutlah...
Oo skang pun kecik comei lagi dak? Ekekeke!
LW,
skrg dah macho...
tapi perangai comey lagi... hik hik hik
Post a Comment