.
kitalah manusia yang mahu tinggi ke atas
tetapi tak mahu merasa sakit jatuh
dan mahu puas bermain
tetapi tidak mahu merasa kekalahan
manusia jenis kitalah yang mahu berenang
tetapi tak mahu merasa masin laut
dan mahu makan
tetapi tidak mahu merasa kekenyangan
jenis manusia beginilah kita semua
dalam fikiran kita ada gila
jenis aku ini gila dan aku merasakannya
aku manusia yang mahu gila
agar aku dapat merasa kewarasan
sekali-sekala
.
13 comments:
fuhhh..ko try la hantar puisi ke mana-mana pernerbitan...aku cadangkan ko hantar ke Utusan...sebab Utusan ada pertandingan Hadiah Sastera Utusan...
akulah yang cuba untuk tidak memahami puisi ini walaupun aku rasa aku faham sebenarnya..kehkehkeh
LW,
utusan?
kalau ko rajin, ko hantarkanlah... hahaha
aku tak rajin sebab kalau keluar pun aku tak perasan bila sebab aku tak beli utusan. dulu aku pernah gak hantar ke BH tapi tu la... aku jarang beli paper...
baik aku bukukan dan bagi kat kawan2 yang nak...
kerana kita manusia-lah kita jadi mengada-ngada.!
.
bila ko nak bukukan lagi.?!. kali nih dak LW ko buh dalam list jugak.
dan. satu lagi. bulih ka hard-cover.?! :)
.
kita (aku sebenarnya) ini manusia angkuh...
smbotak
aku rasa as manusia memang kena angkuh tapi kita kena tengok kondisi juga lah..
Sepa,
aikk nama aku pun dan buh dalam list gak eh...hehe
Tapi nak belajar berenang tak semestinya kena rasa masin laut. Blajar kat kolam renang je. Air tawar.
manusia jenis manusia yang nak perfect....tp perfect tu kan subjektif....
sepa,
mengada-ngada tu perlu untuk laki-bini weh.... hahaha
LW lambat, dia dah terlepas buku bertuah tu....hahaha
SM,
aku setuju... aku akui angkuh dan aku patut berasa malu...
LW,
tunggu tahun depan baru ada lagi buku aku kut... hahaha
LyDS,
kolam renang itu persekitaran terkawal, tahap tadika je... kalau laut tu barulah kehidupan yang sebenar... baru ada ombak, ada pasang surut, ada jerung, ada mutiara...
Aishah,
ya, perfect tu bergantung pada mata yang melihatnya...
Bukan aku terlambat, ko yg tercepat buat buku tu...tak pe la aku bukan siapa2 pun..sob sob! Tetiba kan....haha
LW,
itulah yang payahnya kalau buat limited + special edition je... hahaha
manusia cemerlang dalam kategori mana?
manusia yang complacency? aku selalu confuse
azani,
tak ada manusia cemerlang atau tidak...
yang ada hanya manusia yang berpeluang atau tidak berpeluang...
Meh la buat buku edisi khas...hikhikhik...
Post a Comment