Friday, October 5, 2012

Subuh Jumaat yang disapa gugus-gugus angin sejuk

.

Awal subuh ini angin sepoi-sepoi mendayu, merayu agar aku terus merangkul bantal lembut yang berbaring di sebelah dan menarik selimut ke paras susu. Arghh... Syaithon mahu aku terlepas solat subuh! Lalu aku bingkas bangun dan pergi mendapatkan dua butir telur. Aku keluarkan telur agar tidak sejuk. Nanti senang untuk dibuat scramble egg. Bukan untuk aku, tetapi untuk anak aku. Aku tepuk-tepuk sayang bantal lembut yang aku guna malam tadi agar ia segar bugar dan berdiri dan berjalan dan menggosok baju.


Hari ini aku bercuti. Jadi, aku mahu bersarapan di D'Serambi Corner.  Menghabiskan cuti-cuti secara berperingkat dan terjadual. Kerana pada tahun hadapan, ada perubahan ketara dalam 'employee benefit'. Kalau sebelum ini aku boleh bawa baki cuti setahun ke tahun berikutnya, mulai tahun depan hanya dibenarkan sebanyak 7 hari sahaja! Ceh! Rancangan aku dulu aku mahu kumpulkan banyak-banyak sebab nanti boleh digunakan untuk Haji atau kalau tak ada rezeki Haji, Umrah pun jadilah. Itulah, nabi dan pesan. Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Gigit jari sahajalah melihat cuti dipangkas begitu sahaja...


Hari ni, cuti aku bakal dipenuhi dengan urusan-urusan dengan agensi kerajaan. Namun sebelum itu, semirbit angin subuh berterusan hingga ke sekarang ini. Tanda-tanda musim sejuk di kawasan monsoon tropika telah nyata. Makanya, aku bolehlah simpan pendingin hawa boleh-ubah di pojok dinding.


Kepada manusia-manusia yang sedang bekerja pagi ini, hari ini, cuba-cubalah buka tingkap kalau boleh. Tutuplah pendingin hawa dan rasailah gugus-gugus angin yang segar dan sejuk di luar sana. Sesungguhnya angin-angin itu menerpa-nerpa mahu masuk mengusik pipi-pipi kalian... rasailah angin segar itu sebelum ia hilang dari muka bumi.






.

17 comments:

Linda Ismail said...

seronok ko kat rumah ye...

Lady Windsor said...

Pehhhh cuti yek...

Aishah Jahirah said...

cuti....bestnya...

Nizam.Ariff said...

Linda,
mana ada kat rumah.... ada urusan...
dan ada cerita... nanti aku tulis..


LW,
cutu tapi ada keje...


Aishah,
cuti ada keje kak...kalau tak, aku tak cuti..

Lady Windsor said...

alaaaa ko ni lebeh kurang aku juga eh..cuti tapi lagi banyak 'kerja' nak kena buat, bayar bil, baiki pagar rumah, paip bocor, nak buat taman, landskap segala bagai...

Jna marcello said...

bestt nyeee BERCUTI ;/

tasekM said...

dah kemas rumah...?

:D



.

Nizam.Ariff said...

LW,
haah... kita bercuti pun sebab ada musababnya... kalau tak, tak cuti nyer der..



Jna,
bercuti time orang bekerja kira tak cuti juga... hahaha




TM,
jap lagi la.... ambik nafas dan.. dan.. tido dulu hehehe

cHeRyNa PiReS said...

7 hari tu masih banyak wahai kawan.

byk yg dah tak bagi carry apa2:)

apa2 pon...rasa sejuk baca posting nieh:)

fifie said...

dulu waktu belajar selalu rasa bila lah nak cuti nak bangun lambat nak rileks nak rasa hidup yang tenang. sekarang bila habis belajar dan masih tak kerja, ah lambatnya nak masuk kerja. Manusia. haha

sepa said...

braper ari cuti, bang.?!

.

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
aku dah terbiasa... perlukan masa untuk berubah...



fifie,
... dan akan sampai masanya nanti, gak sabar nak pencen. tapi bila dah pencen, punya lah galak nak kerja balik.... hahaha



sepa,
hari ni je..

aku ambik cuti sehari selang 2 minggu.... hahaha

Lady Windsor said...

aku ada 21 hari lagi...carry forward yg tahun lepas..tahun ini belum usik..esok lusa aku nak cuti panjangggggggggg...

Nizam.Ariff said...

LW,
cuti panjangnya sampai bila-bila ek?

Lady Windsor said...

cuti panjang itu akan bermula pada November ini...insyAAllah, Tuhan permudahkan urusan aku. Thanks doa ko tu..

Nizam.Ariff said...

LW,
ok.. sila rakamkan perjalanan mengharungi percutian itu dalam blog ek... untuk dibaca... menarik kalau nak tahu pengelaman seseorang ni... hehehe

TiranaAduka said...

kena tukar
Cuti untuk berehat.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com