Monday, November 12, 2012

Kreatif yang Inventif... setakat menjadi insan yang kreatif sahaja tidak cukup!

.

Menjadi seorang yang berfikiran kreatif, walaupun bukan mudah, ianya bukan susah tara mana pun.
Segala modal yang diperlukan sudah ada disediakan Tuhan. Supplement yang perlu ialah berdoa: minta dicetuskan ilham dan cahaya hikmah dariNya.

Kreatif yang aku maksudkan di sini bukanlah kreatif yang biasa-biasa tetapi kreatif yang inventif. Jadi, hari ini aku mahu kongsikan sedikit pengetahuan tentang 'kreatif yang inventif ' dalam menyelesaikan masalah. Masalah yang ku maksudkan bukanlah setakat masalah berkaitan alam pekerjaan dan teknikal, malah masalah yang kita mungkin hadapi seharian. Contohnya: Aku suka memasak tapi tak suka kemas dapur.

Perhatian; Bukan tujuan aku untuk mengajar tetapi nak berkongsi.



Apa dianya kreatif yang inventif?

Anda boleh cari definisi kreatif sendiri, tak perlu aku tuliskan lagi. Namun, menjadi kreatif tidak semestinya menghasilkan invention. Banyak orang tulis tentang tingkat-tingkat inovasi (level of innovation) tetapi aku lebih gemar yang ini:
  • Level 1 - Improvement (tambah-baik dari yang sedia ada)
  • Level 2 - Technical invention (mencipta sesuatu dengan menyelesaikan masalah teknikal)
  • Level 3 - Physical invention (mencipta sesuatu menggunakan ilmu pengetahuan lain untuk menyelesaikan masalah)
  • Level 4 - Technological breakthrough (mencipta satu teknologi yang baru untuk selesaikan masalah)
  • Level 5 - New Discovery (penemuan baharu seperti Penisilin, Teori Fizik dsb yang sekurun mungkin 2-3 kali saja)

Jadi, kreatif yang inventif biasanya pada Level 3 & Level 4.Manakala Level 1 & Level 2 biasanya boleh diselesaikan dengan cara Problem Solving Methodology yang biasa.

Kenapa Level 5 bukan inventif?
Kerana penemuan biasanya bukan disengajakan. Ia dikatakan penemuan kerana apa yang ditemui itu bukanlah dia yang ciptakan tetapi Tuhan telah ciptakan dan dia hanya menemui atau memahami ciptaan Tuhan itu.


Methodology yang aku nak kongsikan (kreatif yang inventif) ini telah aku ubahsuai supaya lebih mudah untuk kegunaan sehari-hari. Ianya lebih kepada logik dan ilham (untuk menyelesaian masalah berkaitan teknikal atau business, methodology tertentu perlu digunakan). Dan cara ini amat sesuai untuk menyelesaikan suatu pertembungan (contradiction).

Contoh: Aku suka makan macam-macam TETAPI aku tak nak jadi gemuk!
Contoh: Aku nak balik kampung TETAPI aku ada kerja tak selesai. 

Methodology yang aku biasa guna ialah

Apa masalahnya  -> Bina struktur kontradiksi -> Guided Brainstorming -> Pilih penyelesaian yang sesuai.


Fokus utama yang aku ingin kongsikan ialah proses Guided Brainstorming itu.
Proses yang lain itu dah biasa kita buat.

Tapi, nantilah aku sambung.... tangan dah sakit balik. Nak kena rehat kejap.






.

7 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Sha mungkin Level 1 saje kot. Selalunya hanya berdasarkan ilmu dan pengalaman je:)

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
tak semua masalah perlukan penyelesaian sampai level 4-5.
masalah yang mudah mungkin hanya perlu level 1 je..

oh ya, level-level tu bermaksud "at what level the problem is solved"

Lady Windsor said...

Jangan lupa sambung eh..aku suka makan tapi aku takut gemuk...ahaaa ayat ini aku suka..

amn said...

i like

Nizam.Ariff said...

LW,
aku dah sambung...



azani,
sila apply dalam kerjayamu...
secara technicalnya, ia lebih bagus dari problem solving biasa...

sepa said...

sudah menghampiri di penghujung cerita, tetiba skrin laptop menjadi hitam > berhibernate. baru aku perasan, bateri laptop dah nak abis, tapi aku abaikan pesanan pop-up itu. ah, bukan itu aku nak cerita...

...yang aku nak kata : Aku cuba untuk suka memasak tapi aku tak suka menyedia bahan2nya - seperti menyiang ikan, mengerat daging, mengupas bawang dan yang sebangsa dengannya. dan paling tak suka kemas dapur. aku suka mendengar percikan bunyi minyak di dasar periuk tatkala bahan2 dilemparkan ke dasarnya, aku jugak suka mendengar gelegak air mendidih, dan menghidu harum masakan yang menusuk ke lubang hidung.!
...bagaimana caranya. oya, tangan ko masih sakit ya. mgkn di entri selepas ini, ada. kejap aku ke sana.!

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
kalau ko malas nak potong2 semua tu, ko beli sos yang dah siap macam keluaran abadi, cap itik....

prinsip: pre-process.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com