.
"You scratch my back, I'll scratch yours"
Nampak seperti bercakaran tahap tiger lawan lion tetapi anehnya, ia menunjukkan kerjasama di antara kedua-duanya. Cuma, dia lebih senang garu belakang aku kerana aku tak ada tali bra macam dia. Kalau nak garukan belakang dia, dia kena unhooked dulu... hahaha.
Pepagi semalam dan hari ini, aku berjalan-jalan awal pagi. Sebelum itu, aku kena buang dahulu sengal dan kejang yang menjalar dari batang leher ke tangan kanan. Sebelum solat subuh, aku kena kendurkan dulu ketegangan. Kalau tidak, terasa seperti nyawa direntap-rentap ketika ruku' dan sujud. Jadi, kepada kawan-kawan yang masih sihat untuk ruku' dan sujud tanpa sebarang rasa sakit, lakukanlah sekerap yang boleh.
Pagi-pagi lagi, aku akan masak air (cerek elektrik) bukan untuk dibuat air kopi O. Mana boleh teringatkan kopi O dalam sakit-sakit seperti itu. Aku gunakan haba dari cerek elektrik itu untuk tuam leher dan bahu yang kejang. Untuk menuam, aku pilih kain yang secocok dengan bentuk leher dan bahu belakang aku, yakni berbentuk V. Oleh sebab itulah, aku gunakan Seluar Dalam kain kapas terpakai, aku lembabkan dan aku tampalkan pada cerek elektrik.
Jadi, sementara air dimasak, sedikit habanya aku gunakan untuk memanaskan Seluar Dalam lembab itu sehingga nampak mengewap. Setelah itu, aku tampalkan di belakang aku dengan posisi terbalik. Kreatif, bukan? Aku lakukan beberapa kali sehingga terasa lega, barulah boleh solat.
Pagi ini, aku berjalan dengan Mama. Dia nak ikut. Selain daripada mahu turut serta dalam aktiviti riadah sihat itu, aku syak dia nak kawal aku supaya tak berjalan bersama-sama minah-minah kilang... agaknyalah.
Setelah berjalan sejauh lebih kurang 1 km, kami singgah ke stesyen minyak Petronas. Di situ ada dijual Nasi Lemak Kukus Kak Sal. Nasi lemak bungkuks daun pisang yang telah berjaya wujud selama lebih daripada 10 tahun. Memang ngam dengan tekak kami. Malahan, nasi lemaknya masih kekal elok sehingga selepas tengahari!
Err.... atau perut aku macam perut Burung Hering atau Burung Botak yang asid perutnya mampu mencernakan sebatang paku?
Mungkin ada orang yang perasan kami beriadah untuk kesihatan tetapi pulang dengan 5 bungkus nasi lemak! Seperti langsung tidak berbaloi dengan beriadah tadi!
Itu silapnya. Ada tujuan apa yang kami buat.
Sesetengah orang berusaha sungguh-sungguh untuk kuruskan badan tetapi apabila telah penat berjoging, mereka makan nasi lemak sebagai 'habuan' (reward) atas penat lelahnya.
Kami tidak!
Kami memang beriadah dengan membuang sejumlah kalori kerana selepas itu kami mahu makan nasi lemak.
Kreatif, bukan?
.
18 comments:
Aik, botak tu elok sikit. Hahaaa...
Riadah aku pagi ni, cari donat dan chakoi kat pasar pagi dengan 'bini baru'...
SM,
chakoi ada dijual pagi2 ke?
kat sini time pasar malam je ada...
bini baru ko spesis belalang tempur gak eh..?
hahhahha bukan sama jee ke???
kiutt je awk dgn mak ;D
hpyy weekends
hahaa, upgrade sikit. bini lama bagi tugasan terhad.
kat sini pasar malam 6 kali seminggu, pasar pagi sabtu & ahad. memang syurga...
sangat kreatif... kreatif sungguh ko improvisekan seluar-dalam-kain-kapas. hehehe
Jna,
sama tapi tak serupa... dari segi purpose of joging tu hahaha
SM,
pergh.... 6 kali tu.
Tak payah masak langsung la...
sepa,
tu namanya 3R... hahaha
so tengahari menu nasi lemak?
ok gak tu
azani,
tghari menu mee goreng mamak... hahaha...
Seluar dalam warna apa pula Nizam?
Hehehe.
Yup...dengan pengiraan yang betul...nasi lemak itu akan berbaloi. Sungguh.
Dengan seluar dalam yang betul...nasi lemak sambal sotong juga boleh diperolehi.
Oooopss...kita cakap pasal kreativiti kan?
Hehe:P
'Meoooooooowwwwww!'
Isk, kucing siapa ni. Suh! Suh!
:-)
Cheryna,
kalau kepala tak betul, makan nasi lemak dgn seluar dalam ... hahaha
kreatif juga tu kan?
Cklah,
kucing ada makan nasi lemak juga kah?
hahaha
Apa jadah guna seluar dalam kain kapas. Haha
Waaa riadah hujung minggu then paw nasi lemak lima bungkus..excellent laa weekend ko beb.
eh try guna hot pad. ko boleh beli kat farmasi.bila nak tidur ko letak hot pad bawah leher ganti bantal, selesa wehh...
Hehehe mama dah ikut yer..becareful!
fifie,
bentuknya sesuai untuk dilekapkan di belakang leher... hahaha
LW,
hot pad aku ada dah...tapi payah nak kawal kepanasan..
kalau guna spender cotton tu, senang nak kontrol. kalau terpanas, kibas2 sikit barulah lekapkan...
haha. memang kreatif, nak2 part ko keringkan guna wap air panas. haha. ok, nasi lemak 5 bungkus. tolak lemak, then tambah lemak balik. btw riadhah hujung minggu mmg best
Mim-Ro,
nak makan nasai lemak pun kena usahakan dulu buang kalori... hahaha
riadah hujung minggu menarik sambil lihat matahari naik...
Dino seluar dalam kapas eh? Mana lebih berkesan?
LW,
seluar dalam kapas....
(sebab aku nak pastikan ko buat bende bodoh macam aku gak kakaka)
Post a Comment