Friday, December 14, 2012

Selain ganas, Hasri mungkin juga seorang kasanova...?

.
Pada kali ni dengan wanita lain pula":





        “Gelap sangatlah. Takut... “ manja sungguh Tij.

            Kamu takut pada kegelapan tapi bila kamu tahu saya di sini kamu pasti tak takut lagi, bukan?” kata Hasri
.
            Hasri tiup bara api beberapa kali lalu api pun marak semula. Dia tambahkan ranting-ranting kayu dan daun-daun kering. Unggun api semakin besar. Cahayanya menimpa wajah Hasri yang kelihatan sedang tersenyum memandang Tij, juga menolong suluh laluan Tij ke pokok itu. Hasri bangun lalu mengambil tangan Tij yang dihulurkannya. Mereka duduk bersebelahan di bawah pokok besar itu. Banyak bintang di langit, pertemuan mereka itu tentunya sungguh romantik, fikir Tij.

            Nah... makanlah.” Tij berikan ubi rebus berlaukkan ikan sepat masin dan keledek bakar kepada Hasri.

            Terima kasih. Susah-susah saja awak ni., balas Hasri sambil mengambil seketul keledek bakar. Disiatnya kulit keledek itu.

            Hasri gigit separuh dari keledek itu, sebahagian lagi dia suakan ke mulut Tij. Tij terkedu sebentar. Hatinya terasa sungguh bahagia. Tak pernah dia dilayan seperti itu.

            Awak temankan saya makan, ya?” ajak Hasri. Tij angguk-anggukkan kepalanya.

            Mereka berdua seperti sepasang kekasih yang sedang leka bercinta. Tij tak pernah merasai dirinya dilayan begitu. Layanan dari Hasri itu benar-benar seperti mimpi indah yang dia selalu bayangkan. Selama ini kisah-kisah seperti itu hanya wujud dalam drama TV yang pernah ditontonnya.

Kali ini, Tij pula tolong buangkan kulit keledek bakar itu lalu menyuakannya ke mulut Hasri. Bukalah mulut, awak makan. Saya dah kenyang, saya makan di rumah pakcik tadi.”

            Hasri pegang tangan Tij sambil dia menggigit keledek itu. Serta merta Tij terasa seperti ada arus elektrik yang mengalir dari lengannya hingga ke hulu hatinya. Tij tenggelam dalam nikmat romantika itu. Seketul demi seketul disuapkan Tij dan dihabiskan oleh Hasri. Minum? Hasri keluarkan sebotol air mineral, air baki petang tadi yang diambilnya dari van itu.

            Angin malam yang berhembus mengelus rambut Tij yang ikal  melebihi paras bahu. Tij simpulkan rambutnya ke belakang membentuk sanggul kecil. Hasri renung wajah Tij dalam-dalam ketika Tij mengangkat tangannya untuk menyimpulkan rambutnya. Matanya seolah-olah membaham tubuh Tij yang gebu itu.

            Eh, lepaskanlah rambut awak tu. Saya suka lihat rambut awak yang dilepaskan bebas. Cantik.” pinta Hasri.

            Tij tersenyum malu. Hasri uraikan sanggul Tij. Rambutnya kembali bebas, bau harum syampu menyerbak ke udara. Hasri sisir rambut Tij dengan hanya menggunakan jari-jarinya. Dia sibakkan ke belakang cuping telinga Tij, di kiri dan di kanan. Tij seperti terpukau, jiwanya menerawang jauh ke dalam langit keasyikkan. Matanya dipejamkan untuk menikmati segala-galanya, dia biarkan sahaja Hasri mengelus-elus rambutnya. Dia telah lemas dalam belaian Hasri. Kemudian Hasri menepuk-nepuk pehanya beberapa kali. Tij bukakan matanya semula.

            Apa?” tanya Tij. Dia tak faham.

            Awak baringlah. Awak penat, bukan?" pinta Hasri.

            Dia cuba tolak permintaan Hasri itu kerana dianggapnya permintaan itu agak keterlaluan tetapi sebahagian hati kecilnya pula terasa mahu berbaring. Tij masih teragak-agak. Dia baru kenal Hasri tak sampai pun satu hari dan kini Hasri sudah berani mengajaknya baring di atas peha.

            Hasri terus menepuk-nepuk peha dan akhirnya Tij beralah. Dia rebahkan badannya di sebelah Hasri. Kepalanya diampu oleh peha kiri Hasri. Kini Tij mendongak bintang-bintang yang berkerlipan di langit luas dan membiarkan tangan Hasri bermain-main dengan rambutnya. 
   
            Awak tahu, sebenarnya saya tertarik dengan awak. Awak cantik, awak menarik. Saya tak percaya awak belum ada teman lelaki.” Hasri mengalihkan topik bualan.

            Betul. Memang tak ada.”.

            Ahh..! Mereka semua tu rugi.” Hasri memasang umpan. Tij tidak percaya Hasri mengatakannya. Ianya seolah-olah sebuah mimpi indah.

            Tapiii....” sambung Hasri.

            Tapi apa pulak?” tanya Tij. Hasri biarkan Tij berteka-teki....





{Lagi sedutan dari Kecubung}


.

14 comments:

Tijah said...

gatal betul hasri tu kan?

tasekM said...

jelmaan syaiton tu...

LydSunshine said...

Tij tu nama pendek bagi Tijah ke? Eh, bahye ni baru sehari jumpa dah baring atas peha.

Lady Windsor said...

Tijah kah itu....hmm...cepat sambung, aku nak tau apa jadi dengan Hasri...Tijah dan tentu ok...hihi..

kalau ikut firasat aku...kispen ko ni memang anticlimax..wakakak

Temuk said...

Rupa-rupanya Hasri bermimpi. Ya, kan?

Tijah said...

Hasri dah pengsan kot nih. Kena tumbuk dgn Tasz sbb curang. Huhu

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Haah.. tapi Hasri yang betul2 tak gatal, dia romantik....


TM,
Fobia sungguh ko kat Hasri tu ek... hahaha


LyDS,
Tak... tak...
Tij tu nama penuhnya Khatijah ...


LW,
Tij bukan Tijah...
Nak sambungan? da dalam Kecubung... hahaha


Temuk,
Bukan kang.
Hasri memainkan watak lelaki jahat...



Tijah,
Lebih kurang la...
Tak pun sebab Tazs baca Yassin kat telinga Hasri.... hahaha



Lady Windsor said...

mana aku nak cari kecubung ni wehh?

amn said...

hasri ni dua jiwa,jiwa tanpa pisau dan jiwa berpisau,
tanpa pisau romantik segala
berpisau suka sangat potong co..

Nizam.Ariff said...

LW,
Pokok Kecubung ke?
Kat hutan ada lagi kut.
Kalau buku Kecubung dah tak ada stok... ia barangan ekslusif...


Azani,
Jiwa kacau... dendam.... hahaha

Lady Windsor said...

ko memang, saja tak nak aku baca...majuk ahhh!

Nizam.Ariff said...

LW,
ko majuk sapa nak pujuk nih?
Aku suruh Hasri datang ke rumah ko eh... hahaha

ASH said...

Musim musim hujan ni memang Hasri tu macam katak kan?
.
.
.
bising jer menguak!
.
.
.
.
.
.
errr katak menguak kan?
haha

Nizam.Ariff said...

Ash,
haah... katak menguak..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com