Kalau tak percaya, jom kita lihat Hasri dari satu sudut yang lain pula....dengan wanita lain pula:
“Selamat PAGIIII...!” sapa Tazs dengan gaya seperti seorang deejay radio.
Hasri menguap pendek. “Nyenyak tidur malam tadi?” tanya Tazs.
“Nyenyaklah juga, lebih baik tidur di sini
daripada tidur di bawah pokok, dalam hujan... he he he,” Hasri ketawa kecil, “kenapa datang?” tanya Hasri pula.
”Nak ambik pakaian dalam beg-beg tu.” jawab
Tazs pendek. Tangannya menunjuk beg-beg yang ada di tempat duduk belakang van kecil itu tetapi matanya tak
lekang dari wajah Hasri yang bermata kuyu.
”Oooh.... Ingat tadi ada bawakan sarapan.
Hmmm... tak apalah.” ada nada kecewa dalam suara Hasri. Tiba-tiba Tazs berasa
bersalah pula.
”Eh, tak apa. Jangan risau. Saya masih ada
keledek bakar semalam.” dalih Hasri apabila dilihatnya Tazs serba-salah.
Tazs merenung wajah Hasri yang masih
kuyu matanya. Dia impikan paginya, pada satu hari nanti, ada seorang lelaki
bergelar suami sedang berbaring disebelahnya dengan wajah yang kuyu. Seperti
wajah Hasri yang direnungnya itu. Dia mahu belai rambut lelaki itu. Meletakkan
tangannya di bawah bantal lelaki itu manakala sebelah tangan lagi memeluk dada.
Dia mahu sedut bau peluh di leher lelaki itu. Dia mahu ...
”Kenapa? Muka saya selebet ya? Ha ha
ha...” Hasri perasankan renungan Tazs yang lama itu.
Cepat-cepat Hasri membetul-betulkan
rambutnya menggunakan jari kemudian meraup-raup mukanya beberapa kali, biar
kulit mukanya merah dan kelihatan lebih segar. Tazs hanya mampu tersenyum tak
terkata.
”Sebenarnya, saya tak pernah berada di
samping lelaki, serapat ini, sebelum ni.” jelas Tazs jujur.
”Apa lagi berdua-duaan di dalam van dan
hujan pula di luar, ya?” teka Hasri, menyambung kata-kata Tazs. Tazs anggukkan
kepala.
”Memang romantik... di luar sana sejuk, di
dalam sini hangatnya sungguh membara, kalau kita perasan.” Hasri mula
menusukkan jarum ke hati Tazs.
”Sayangnya, romantik itu tak bermula dari
malam tadi. Jika tidak, apa yang kamu bayangkan selama ini mungkin terjadi...”
sambung Hasri.
Tazs tersentak kecil, Hasri
seolah-olah dapat meneka apa yang ada dalam fikirannya. Dia malu. Merah padam
mukanya. Kemudian, Hasri melukis bentuk ’love’
pada cermin hadapan van yang berkabus itu. Dia toleh kepada Tazs.
”Kamu pernah bercinta?” tiba-tiba Hasri
bertanya.
Tazs kurang pasti sama ada menyimpan
perasaan terhadap lelaki itu boleh dikatakan cinta. Kalau boleh, dia pernah
ber’cinta’ dengan seorang lelaki ketika dia masih di sekolah menengah dulu.
Kalaulah rindu itu boleh dikatakan cinta juga, dia mungkin pernah bercinta
dengan sepupu Tij ketika dia datang ke rumahnya untuk beraya beberapa tahun
dulu. Namun semua itu tak pernah dia lafazkan kepada mereka. Dia hanya
pendamkan keinginannya jauh-jauh dalam lubuk hati kerana dia sedar, dia bukan
siapa-siapa.
”Tak pernah rasa-rasanya...”jawab Tazs.
”Saya pernah beberapa kali... dan saya
telah rasa manis dan pahitnya sekali.” kata Hasri dengan nada yang bersahaja
tetapi serius.
”Saya tak pandai nak cakap. Tak pandai nak
luahkan perasaan jadi saya simpan sajalah.” jelas Tazs.
”Percayalah Tazs, cinta meletakkan satu
perasaan yang amat indah ke dalam hati tetapi cinta juga boleh meletakkan racun
di tempat yang sama.” terang Hasri.
”Bercinta ini payah kerana cinta itu terbit
dari dua hati yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama. Selagi dua hati
itu dapat kekalkan citarasa yang sama, indahnya bercinta itu bagaikan mahligai
kepada sang puteri dan putera raja. Namun, mereka juga merasa betapa peritnya
untuk mengekalkan kehangatan cinta itu.”.
”Selagi kemanisan bercinta itu melebihi
segala-galanya, keperitan itu hanya sesuatu yang di belakang, sesuatu yang tak
perlu difikirkan sangat.”.
Tazs terpegun dengan kata-kata Hasri
itu. Sungguh dalam maksudnya dan indah pula. Kekaguman merangkul hatinya.
Hatinya mula terpaut melalui kata-kata itu. Dia rasakan Hasri seorang lelaki
yang berpengalaman dalam hal-hal bercinta ini, seorang lelaki yang dapat membimbing
dan membawanya naik setapak lagi dalam alam kehidupan.
”Lagi...?” Tazs meminta. Dia pusingkan
badannya menghadap Hasri dan tangannya memangku dagu. Dia mahu dengar Hasri
bercerita tentang cinta lagi. Hasri pun pusingkan badannya menghadap Tazs yang
tekun mendengar.
”Kamu tahu cara untuk pastikan cinta itu
sentiasa hangat?” Hasri bertanya. Tazs gelengkan kepala, dia tak tahu.
Tiba-tiba Hasri pegang tangan Tazs
yang memangku dagu. Tazs terkejut tetapi dia biarkan sahaja. Lagi pun, Hasri
sedang bercerita tentang cinta, mungkin itu sekadar membantu. Hasri tarik
tangan Tazs itu lalu diusap-usapnya. Tazs biarkan sahaja.
”Caranya ialah dengan sentuhan.” terang
Hasri. Tazs seperti seorang murid sekolah yang sedang belajar subjek cinta dan
Hasri itu guru cintanya.
”Sentuhan seperti ini nampak seperti di
luar tetapi sebenarnya bila kita sentuh hati kita turut bersentuhan.” Hasri
usap-usap lengan Tazs yang lembut itu perlahan-lahan.
”Malah mungkin hati kita berpeluk,
merangkul... mungkin juga berkucupan dengan mesra.” sambung Hasri lagi. Tazs terpesona.
”Bila hati kita bermesra-mesraan begitu, kita akan
terasa kehangatannya. Pernah rasa kehangatan cinta?” Hasri bertanya. Tangannya
kini memegang kedua-dua bahu Tazs. Tazs gelengkan kepalanya lagi seperti
seorang murid lembam.
”Kamu nak cuba?” Hasri cuba mencari
kepastian dari wajah Tazs. Dia genggam kedua-dua belah bahu Tazs.
{Sedutan dari buku Kecubung}
.
11 comments:
Haris nie gatal jugak ye.
ini bukan romantik.
ini syaitonirrojimmmmm...
.
Fifie,
Hahaha... sedikit2 perangai Hasri terdedah...
TM,
Macam stress je ko ni Tazs...eh, Tas?
Hahaha
komen tasik m....kemain....hehe!
tak benapas aku baca...
Lelakisemalam,
Ko jgn terpengaruh dgn dia... hahaha
Tijah,
Babak ko esok lepas solat jumaat keluar...hahaha
selamat pagi cik ta... eh, cik tazs!
Haha. Aku tgh bayangkan cik tazs mcm cik ta. Itu baru slurp!
Hasri ni ada muka macam abang eren ke?
.
.
.
.
.
.
.
bawak bawak bertaubat le Hasri oooi..!!
kaki betina jugak rupanya dia...ishh
KOG,
Kalau Tazs mengamuk, jangan pass kat aku lak ek... hahaha
Tijah,
Dia tak masuk komen balas ni kira2nya dia dah merajuk kut... hahaha
Ash,
Takkkk... Hasri rupa Hasri.
Abg Eren baikk... hahaha
konpius aku..nita, tazs, Tij...sat gi sapa pulak..
Post a Comment