Tuesday, January 8, 2013

Mambang Kuning di Blue Hour

.

Perghh...! Awal 'menggiler' aku sampai di pejabat hari ini.

Aku keluar rumah, mega kuning atau 'mambang kuning' masih bergentayangan di kaki ufuk Timur. Atau untuk lebih teknikalnya, lampu neon jalan masih belum terpadam. Ketika itu, aku sudah pun menjalar di atas jalan raya yang ditumbuhi pokok-pokok besar di kiri dan kanannya.


Aku sempat ber 'blue hour' ketika aku selesai hantar Ariff ke sekolahnya. Jauh sungguh bezanya ketika dia di sekolah rendah hari tu... asyiklah dia kena tunggu dek penjaga pintu sekolah rendah kerana pintu pagar hampir-hampir di tutupnya..


Isolasi di pinggiran kota membuatkan aku terpisah dari realiti sebenar kehidupan. Hidup aku penuh dengan plastik. Botol plastik, puting plastik, pampers plastik... hidup diselubungi satu wajah dari wajah-wajah kesesakkan dan kejar-mengejar masa. Tetapi untuk mendapatkan cangkul besi dan parang tembaga, gading perlu digadaikan. Itu sudah diagak-agih-agak-agihkan.


Isolasi aku bukan dek diskriminasi orang. Isolasi aku adalah hasil dari diskriminasi diri aku sendiri terhadap sesusuk-sasa tubuh badan sendiri. Bukan kerana apa-apa. Biar pun aku perlu membayar sedikit kos untuk harga 'blue hour' itu, aku rela kerana deringan cengkerik dan sahutan burung ciak pada awal pagi tu yang menyapa-bangun 'mambang kuning' sungguh adalah sesuatu...


Updated: Aku masukkan foto yang aku snap menggunakan telefon bimbit.








.

17 comments:

CiKPuaNLawA said...

nak gambo mambang...

smbotak said...

sungguh sesuatu bila dikejutkan suara serangga tu...

Nizam.Ariff said...

CPL,
nanti aku cuba di hujung minggu.... hari bekerja tak mampu nak usung kamera... handphone aku tak canggih sangat untuk ambil foto mambang kuning tu...



SM,
cengkerik ada kena mengena dgn hantu...

tasekM said...

pukul berapa sampai ofis tu?

Nizam.Ariff said...

TM,
pukul 7.30am...
kira awal la tu, tak pernah dibuat dek aku sebelum nih... hahaha

Daddy Ziyyad said...

cengkerik bukan malam malam ke?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
siang2 pun ada .... mungkin sebab dalam hutan kut... hahaha

Lady Windsor said...

aku kan, kuar rumah pagi nampak bulan, balik rumah waktu malam pun nampak bulan gak lagi..sama ada aku yang berlari laju atau memang bulan sentiasa di situ..haku tatau..

Nizam.Ariff said...

LW,
bulan mungkin terpaku pada tempatnya untuk lihat kamu berjuang melawan ombak hidup seharian...

ASH said...

Laaa..bukan arip sekolah berasmara ke?
.
.
.
errr
.
.
.
.
you know what I mean!!
haha

Jna marcello said...

nizam isolosi tu ape?

Nizam.Ariff said...

Ash,
tak asrama...
kat rumah dia ada bilik nkosong khas untuk jadi mini library dia + study room dia... Kat sekolah tu asrama diutamakan untuk pompuan dan orang yang jauh2 je...

Nizam.Ariff said...

Jna,
Isolasi = isolation = Uzlah
lebih kurang kut...

Kesuma Angsana said...

appaun pic tu menarik !

Nizam.Ariff said...

KA,
Thanks

sepa said...

aku d sini paginya ada kabus dan bukitbukau gunungganang bercincinkan awan bertatah kabus...!!!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ada keluar werewolf dari balik kabus tu tak?

hahahhaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com