.
Apabila kita lihat serbuk kopi, gula dan air panas, kita akan gambarkan Kopi O panas. Samalah juga kalau kita lihat ada serbuk kopi, susu dan air panas, kita harapkan akan ada Kopi Susu panas.
Namun kalau kita lihat sesudu serbuk kopi tetapi ada 10 kg gula dan sebesen air panas, kita bukan sekadar harapkan secangkir Kopi O panas. Bahkan kita terfikir kenapa bahan-bahan itu tidak setara diantara satu sama lain (not proportion). Malah kita mungkin terfikir ianya untuk kegunaan lain. Dan minda kita akan terus-terus berfikir apa lagi yang boleh terjadi atau boleh dilakukan.
Apabila kita lihat seseorang sedang berdiri sambil sebelah tangannya menyeluk saku seluar dan sebelah lagi sedang memegang telefon bimbit, kita akan bayangkan tangannya yang sedang menyeluk saku itu mempunyai 5 batang jari. Walau pun kita tidak pasti sebenar-benarnya tetapi kita harapkan ada 5 batang jari di salam saku seluarnya itu.
Namun kalau kita lihat seseorang sedang berdiri sambil sebelah tangannya menyeluk saku seluar orang di sebelahnya, fikiran kita terus terawang kepada sesuatu yang lain. Sesuatu yang jahat, sesuatu yang kotor. Sedangkan kita juga tidak pasti apa yang sedang berlaku sebenar-benarnya.
Perkara pertama ialah satu resepi dan perkara kedua pula ialah tentang persepsi.
Jikalau kita senaraikan peribadi diri seperti kuat berfikir, lantang bercakap dan tak segan berdiri di hadapan, kita akan terfikir kita boleh menjadi seorang pemidato hebat atau seorang guru atau seorang ahli politik atau seorang ketua. Bagaimana pula jika resepi itu mempunyai satu lagi bahan iaitu berbohong (yang kita baru sedar tentangnya)?
.
18 comments:
ko seluk saku seluar sapa wey?
persepsi orang memang tak boleh dijangka...selagi kita tak kenal empunya diri tapi kadang-kadang dah kenal pun masih lagi ada persepsi lain..untuk sisi diri yang tidak ditonjol..
KOG,
aku seluk saku baju kurung Mama jeh... hehehe
Kniedaz,
.... sebab kita sentiasa menerima bisikan-bisikan hati dan syaitan...
selalu seluk poket seluar suami sebelum masuk mesin basuh, kot-kot ada terselit $10... rezeki
bahaya tu main seluk seluk poket orang hehehe.. aku sekadar seluk poket seluar suami aku jek..
Apa pesepsi ko tentang aku selepas ko baca tulisan2 aku? jawab dengan jujur ha ha ha..
Aku rasa, ko boleh jadi seorang yang sgt komplikated & boleh jd simple jgk :D
KOG,
aku syak saku seluar sepa tapi saja la tak nak ngaku.
:p
.
Resepsi adalah kombinasi antara resepi dan persepsi?
.
.
.
betui ke bohong?
hahaha, keji la ko tas!
salah seluk boleh cavitate
Sudip,
tu dia saja kasi nafkah ikut situ... hahaha
SMM,
Aku tak ada suami nak seluk poket dia.. aku seluk handbag mama je la.... hahaha
Waterlily,
.... tapi konpius kat diri sendiri, kak...
TM,
kalau aku seluk saku seluar sepa, dia dah meloncat dah... hahaha
Ashley,
kalau dalam majlis resepsi tu banyak makan2 sambil sok sek sok sek ngumpat pasal pengantin, betullah.....
KOG,
yang sebenornya, dia yang seluk tu... kakakaka
Azani,
bukan setakat cavitate je.... agigated dan ejaculated pun boleh... hahaha
Senonoh ler sikit weh oooii
..
.
.
errrr
tapi zaman sekarang mana ada sensership dah!
.
.
.
aci nunjuk ketiak dah sekarang nih!
Ashley,
ketiak dia orang dah cantik kut... hahaha
aku kalu tengok orang seluk saku lama-lama...ahaaa....(malas aku nak bitau sini...kikiki)
LW,
... errr.. nak ambik kunci kereta, nak parking tempat lain ek?
TM,
mana ader... dia seluk saku seluaq Aron Ajis...
dan kalau dia seluk saku seluar sendiri, persepsi aku, dia tengah betulkan duduk adik yg tengah bertenaga sebab terlebih minum kopi Mahkota Dewa...
hahaha...
Sepa,
Betullllll...... hahahahaa
Post a Comment