Saturday, January 12, 2013

tolong jangan buka mataku lagi...

.

indah. harum. segar.
angin sepoi-sepoi seperti berbisik kekuping telinganya. seperti membelai rambut seorang bayi lelaki. angin itu menyebarkan nafas kehidupan untuk dia dan semua.

angin itu pun berbisik lagi "bukalah... bukalah matamu dan lihat mayapada seluas yg kamu mahu lihat"

lalu dia buka matanya. perlahan-lahan sinar menerjah masuk retina. serentak dengan itu gugusan angin panas, hapak dan berbau asap plastik menyorong ke lubang hidungnya, menyapu wajah kusut serabut, berkedut dan tua. dia luaskan lagi kelopak matanya. bayang-bayang tong sampah dan lorong penuh hingus itu menjadi lebih nyata.

anjing, tikus, kucing berjiran baik. bergotong royong membersihkan sampah dunia bikinan manusia. sampah-sampah masyarakat bergelimpangan di hujung selunjurnya. enak terbujur di atas lapisan kotak dan suratkhabar yang memaparkan berita politik busuk dan propaganda pengecut.


geli dengan apa yang dilihat, dia tutup semula kelopak matanya, memutus cahaya kotor dari terus mengotori retinanya.

dan alam kembali indah, harum dan segar. berpuput-puput angin sejuk menghembus wajahnya yang kemas, licin dan tampan. tiba-tiba deru ombak turut serta dalam alam itu. camar berdecit memanggil ikan timbul, lumba-lumba melambung ombak.

"bukalah... bukalah matamu dan lihat mayapada ini milikmu..." bisik angin lagi.

"tak mahu! tak mungkin aku mahu buka lagi!" jerit lelaki itu.


esoknya, anjing, tikus dan kucing berganding bahu menyelongkar sampah. sehelai suratkhabar diterbangkan angin panas, tersibak lalu terpapar 'Sekujur mayat ditemui di lorong belakang....'





.

13 comments:

fifie said...

Tulah orang suruh buka mata tak nak, nak jugak tidur.

Nizam.Ariff said...

Fifie,
Hahaha... ko marah dia... kesianlah kat dia tu. Dia tak nak hadapi realiti yg pengit...

tasekM said...

kdg2.
bila tutup mata pun nampak yg ngeri2.

heh~




.

Kniedaz said...

ada juga yg tidur mata terbuka

amn said...

tidur orang alim lebih baik dari si abid

Jna marcello said...

lain kali buka mata buka buka buka hahahah

Nizam.Ariff said...

TM,
itu kamu kot.... orang ni dia nampak yang dia mahu impikan.... impian yang indah-indah..


kniedaz,
tidur mata terbuka tak ke nanti kering bola mata tu? ish...


azani,
na'am.... betul...


Jna,
Dia tak mau buka... tak mau.. tak mau...
baik dia hidup dalam mimpi indahnya... hahaha



ibundo said...

ada kawan mak sedara aku dulu dia tido mata tebeliak. Betul..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
weiiy.... takut aku tgk kalau camtu... tak pasti tido atau pengsan...

Lady Windsor said...

ko memang berjaya dengan cerpen begini...mana butang like ni aku nak tekan 23 kali..

Nizam.Ariff said...

LW,
alaaa... tak payah liking2,
kiranya kalau ko buat buku nanti, jemputlah aku jadi peserta.... keh keh keh..

sepa said...

yang nih best.
ini baru engkau...!!!

two thumbs-up.

aku nak like 29kali (lebih sket dr dak LW...!)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
thanks bro...
tapi aku tak larat nak tulis benda camni... perlu 2-3 hari berimajinasi baru boleh buat tulis... arrghhh...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com