Tuesday, February 12, 2013

Perlakuan aku janggal tetapi ada kelebihannya...

.

Salahkah aku jika aku membasuh kereta di dalam hujan gerimis?

Mungkin kelihatan pelik bagi majoriti manusia jika membasuh kereta di dalam hujan gerimis. Apabila aku basuh kereta di dalam hujan, kelakuan aku serasa pelik bagi mereka itu. Pelikkah?

Kereta perlu dijiruskan dengan air sebelum menyabunnya dengan buih-buih halussss... kemudian pastikan sabun itu tidak kering di badan kereta sebelum sempat dibilas, jika tidak akan ada 'watermark' atau dalam kes ini kesan sabun. Membasuh kereta di bawah cuaca terik memang menjerihkan kerana terpaksa 'berjuang' menyabun. Cuaca panas akan menyebabkan sabun cepat kering. Jika sabun kering, badan kereta terpaksa disental semula ketika membilasnya, jika tidak, akan ada kesan sabun.

Nah! Hujan gerimis sebenarnya adalah salah satu penyelesaiannya. Cuaca yang tanpa matahari akan melambatkan sabun itu kering. Malah, sabun tak sempat kering kerana sentiasa direnjis hujan.

Selain daripada mencegah daripada sabun itu kering, hujan juga dapat menolong membilas buih-buih sabun. Jadi, penggunaan air paip Syabas akan kurang. Jimat air!

Bagaimana pula mahu mengelapnya? Kesan-kesan air pada badan kereta perlu dilap, terutamanya pada cermin kerana jika tidak, akan ada kesan 'watermark' pula.

Apa susah! Sesudah bilas, pandulah kereta ke 'porch' dan lapkan di situ.

Jadi selepas ini, aku syorkan kepada kalian untuk membasuh kereta di dalam hujan.


Ok la.... hidung aku sumbat pulak ni, bersin-bersin pulak...




.

13 comments:

waterxcolour said...

mmm teori ni agak masuk akal..

Nizam.Ariff said...

waterxcolour,
bukan setakat teori, aku dah praktikkan sekali...

tasekM said...

jgn la main hujan sgt.
karang demam.
awak tu dh tua...

:p



.

sepa said...

ko akan kelihatan lebih pelik, sekiranya :

ko menyiram setaman bunga dalam hujan gerimis...!!! hehehe


*eh, aku setuju ngan dak TM. ko tuh dah tua. ngape nak bermain hujan! :P

syafiqakarim said...

basuh kete dlm hujannn
mihmih


cpt baik hidung

Daddy Ziyyad said...

anda perlu fikir juga tentang hujan acid..acid dlm hujan bertindak balas dengan bahan kimia dlm sabun pencuci kereta ---merbahaya utk cat kereta...

hahaha..

MamaTim said...

Salam Nizam. Of course it's practical. Cuma org kita banyak teori pasal perlu berdiri dlm hujan, demam (haaa kan dah bersin! "yarhammukallah.."), sakit kepala, tak suka baju basah melekat di badan dan mcm2 lagi.. Kalau dah demam nak kena jumpa doktor, so diaorg takut lah duit ubat lagi mahal dari penjimatan $ air.. Dia org laaa, akak tak, sebab akak x cuci kereta, hehe..

Get well soon :)

Aya Yus said...

err... saya selalu buat.. kadang2 sambil berpayung sebb hujan lebat sgt! jimat air wey! hahaha... (saya malas nak sembur air sebenarnya..hehe)

Nizam.Ariff said...

TM,
aku selsema sebab alergik hujan....


sepa,
aku belum tua tapi ko tu dah tak muda... hahaha



shafiqa,
jimat airrrrrr...... ada yang tolong jirus-bilaskan... hahaha



Daddy Ziyyad,
ahh.... cat kereta memang untuk tahan elemen-elemen tu kan? aku takut kulit tuannya yang tak tahan kena hujan asid tu.... hahaha



MamaTim,
ok.. ok..
kalau gitu, basuh kereta sambil berpayung... atau beli payung kecil yang jenis pacak pada topi tu.... hahaha




Aya Yus,
Yessssssssssssss..... ada geng juga...!

amn said...

menarik..

Nizam.Ariff said...

azani,
jom buat...

Lady Windsor said...

a ahh kalo aku tengok pun aku fikir pelik aa basoh keta ketika hujan...tapi aku sendiri pun suka buat mende pelik..siram bunga waktu malam...pelik kan? hehe..alasannya sebab aku balik keje jam 10..pokok bunga aku kena bagi mandi minum juga..

Nizam.Ariff said...

LW,
pokok bunga tu nak tido dah....
sejuk la dia... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com