Wednesday, February 13, 2013

What's in it for me?

.

Proses transformasi perlukan satu kesinabungan, katanya kepada TV3.

Program transformasi perlu didokong oleh tonggak yang percaya bahawa transformasi itu perlu dan yakin ianya sesuatu yang betul, arahnya juga betul, juga satu tindakan yang betul... kata orang lain yang bukan kepada TV3.


Aku buat transformasi.
Kerja aku sekarang ialah melakukan transformasi, walau pun pada skala yang lebih kecil daripada apa yang Datuk Idris Jala buat, jenis cabarannya adalah hampir sama.... Aku katakan jenis cabaran, BUKAN magnitud cabaran itu. Sudah tentulah magnitud cabaran yang dipikul oleh Datuk Idris Jala itu lebih besar pada skala Richter berbanding aku.

Tapi percayalah, melalui pengalaman aku selama 3-4 tahun berada di kedudukan helang gagah yang berlegar-legar mencari mangsa, yang membolehkan aku melihat semua projek transformasi, transformasi sosial adalah amat payah. Dalam kes aku, ia bukanlah transformasi sosial tetapi lebih kepada 'organizational culture' namun ianya setara dengan transformasi sosial dari segi cabaran dan kekangan.


Apabila ditanya apa itu transformasi, aku selalu memberikan kiasan metamorfosis ulat gendut (beluncas) kepada kempompong dan seterusnya rama-rama yang cantik. Apabila ulat gendut telah menjadi rama-rama yang cantik, tiada jalan kembali bagi rama-rama itu menjadi ulat gendut semula. Rama-rama itu perlu bersenggama dan bertelur agar muncul ulat-ulat gendut yang lain... yang kemudian menjadi beberapa kepompong lalu menjadi beberapa ekor rama-rama yang cantik lagi. Itulah transformasi.

Manakala tempoh menjadi kepompong itulah berlakunya proses transformasi. Jika transformasi itu gagal maka menjadilah rama-rama yang hodoh. Jika transformasi itu separa matang maka jadilah rama-rama yang kurang sempurna kepaknya atau warnanya.


Perubahan dapat dilakukan dalam 3 cara: proses, teknologi dan sumber manusia.
Perubahan melalui proses dan teknologi adalah mudah secara relatifnya. Hanya tukar proses (atau polisi / prosedur bagi sektor sosial) atau teknologi, mahu tidak mahu mereka-mereka perlu mengikut.

Namun begitu, belum tentu orang ramai mahu ikut berubah. Jika tiada pilihan, mereka akan ikut. Jika mereka bersetuju ianya baik, mereka akan ikut TAPI jika sebaliknya, orang ramai akan menolaknya. Istilah orang putih ialah 'buy-in'.

In the end, the bigger question is " what's in it for me?"


Ya. Aku mahu ajukan soalan yang sama.
Dalam program transformasi negara, aku mahu bertanya " WHAT'S IN IT FOR ME??? "

Ataukah aku tiada pilihan?




.

14 comments:

aza ni said...

hmm....semoga apa jua keputusan mu adalah yang terbaik dan tepat ...

Kniedaz said...

golongan marhaen biasanya orang last dapat kebaikan..

Nizam.Ariff said...

azani,
aku tak buat keputusan... aku meminta je... hahaha



kniedaz,
aku adalah marhaen...

sepa said...

ko akan menjadi rama-rama yang lebih besar...
cuma, jangan jadi kupu-kupu, kerana ada jugak kupu-kupu yang besar...!!!
hehehe...

*aku ada satu soalan.!!!
mana satu yang lebih mudah.?!
memulakan organisasi yang baru,
atau
melakukan transformasi pada yang lama.?!

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
memulakan organisasi yang baharu...
kerana lebih mudah mencorak organizational culture yang ko mahukan...

lebih baik lagi kalau dapat pucuk muda tapi ko kena rajin membelainya hari2 la... pucuk muda ni cepat layu kalau tak bersiram...keh keh keh

sepa said...

itu ker perbezaannya.?

aku nampak, organizational culture sebagai sesuatu yg static, sebaliknya pucuk muda disiram itu dinamik.

now, macamana nak simbiotikkan yg static tadi dengan yg dinamik tuh.?!

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
no, organizational culture bukan static.

Ko nampak static sebab perubahan culture ti sama ada lambat atau payah nak ubat dalam masa singkat (culture itu termasuk simbol, orang, common practice, accepted mgmt style, shared objectives or mission etc termasuklah stigma dalam organisasi itu).

Culture boleh berubah tetapi payah...

pucuk muda itu hanyalah cara untuk mempercepatkan perubahan itu, so ko akan nampak seolah-olah lebih dinamik. Kalau sampai ke critical mass pucuk muda itu berbanding dgn pucuk tua, perubahan culture lebih pantas... (dgn kata lain, CANTAS JE DAHAN TUA)....

Ko sekarang tengah nak tune budaya dalam organisasi ko ke? Nasihat aku: get the people buy-in you sebelum buy-in your idea. Kalau nak paksa, make sure you have enough support from your sponsor... otherwise you wouldn't know what those dahan tua will do to you...

sepa said...

good input.

sebenarnya aku bukan tengah nak tune budaya dalam organization.

aku tengah 'moulding' new organization. ini adalah organization yang ketiga yang aku mould.!

pada aku, memulakan organisasi, adalah lebih payah dibanding dengan melakukan transformasi.
kerana :
untuk memulakan organisasi, terutamanya pucuk muda yg ko cakap tuh... pucuk muda terlalu delicate, dan selalunya kurang sustainability.
sebaliknya, untuk transformasi, pucuk tua sebenarnya sudah ada 'something to hold'.! bermakna, pucuk tua bukan sahaja tinggi sustainability nya, jugak boleh bertahan dalam robust condition dan environment selagi pucuk tua itu sedar kepentingan untuk 'hang-on' kepada 'something to hold'...

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
itu kalau ko dapat buy in dari pucuk tua... ok la. Itu satu advantage.
tapi ikut praktisnya, kalau ko nak buat organizational culture change, maknanya ko memang nak ubah atau modify culture tu... maknanya, mungkin ko buat sesuatu yang bertentangan dengan norma pucuk tua... jadi, biasanya akan berlaku penentangan (resistance) kat situ...

apabila berlaku kes itu, amat payah nak lentur buluh yang dah tua...

yang ko cakap pasal moulding tu (yang nak guna kekuatan pucuk tua tu) aku rasa ko tu yang nak blend-in dalam culture yang sedia ada kut... hahaha



secangkir madu merah said...

lakukan transformasi dari yg baik ke lebih baik...

Dr K said...

berpinau mata nak memahamkan dialog tuan blog dgn sepa :)

Nizam.Ariff said...

SMM,
baik kata kita kadang2 tak baik kata orang... itu yang payahnya....


Daddy Ziyyad,
Kami guna bahasa isyarat Codex yang complex.... hahahaha

LydSunshine said...

Tak ramai yang berani berhadapan dgn transformasi. Saya juga sama. Terlalu banyak aspek yang difikirkan. Saya lagi suka jika transformasi berlaku tanpa perlu melibatkan saya. Biar jika berjaya, saya tumpang, dan jika gagal orang tak boleh salahkan saya.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
aku pun sama.. .kalaulah ada pilihan begitu... biasanya, memang tujuannya untuk transform kita.... kitalah ulat gendut yang menari2 di atas daun muda...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com