Tuesday, April 23, 2013

Momok-momok yang wujud dalam dunia iklan....

.

Aku terdorong untuk menulis pada kali ini setelah melihat trend iklan-iklan tertentu yang seakan-akan 'terlalu' menggunakan emosi pengguna. Lihatlah sahaja iklan-iklan makanan untuk kesihatan, iklan-iklan produk kebersihan diri dll.

Kita sedia tahu bahawa pembelian berdasarkan emosi adalah satu pembelian yang paling banyak kita lakukan. Termasuk aku. Apabila emosi menjadi dasar pembelian, kita mungkin akan menyesal kemudiannya. Oleh sebab ini jugalah para penjual sering menggunakan emosi sebagai senjata dalam iklan.

Namun aku perlu buat disklaimer di sini.
Ada kawan-kawan yang pandai dalam marketing berkata bahawa emosi memang memainkan peranan penting dalam pembelian, terutamanya apabila ada pemilihan yang perlu dibuat. Apabila semua ciri-ciri adalah serupa, keputusan akhir yang dibuat biasanya berdasarkan emosi - suka atau tidak, preferences dsb. Terutamanya produk yang mengutamakan kepuasan seperti makanan dan pengalaman (experience) seperti makan di restoran atau bermain di taman tema, emosi menentukan kualiti pembelian itu.


Apa yang aku nak utarakan di sini ialah 'permainan' emosi yang dimainkan oleh iklan untuk mengujakan pengguna, untuk menggerakkan pengguna untuk membeli.

Contohnya:
Seorang ibu mengandung duduk berfikir sama ada zat-zat yang dimakannya boleh sampai kepada bayi yang sedang dikandungnya. Bukankah apa yang si ibu makan akan sampai kepada bayinya? Mungkin maksudnya ialah jumlah serapan oleh bayi itu kurang dan perlu dibantu dengan zat-zat tertentu. Entahlah.

Seorang ibu didatangi 'doktor' yang membawa mesin pengimbas kuman lalu mengatakan tangan anaknya yang sedang bermain di padang bola penuh dengan kuman dan kuman-kuman itu perlu dibasmi. Bukankah kuman itu memang banyak dan ada di mana-mana hatta di papan-kekunci laptop?


Persoalannya, kenapa pengguna perlu dimomok-momokkan dengan segala jenis ketakutan?


Motivasi membeli boleh dilakukan dalam 2 cara: "gula-gula atau/dan rotan" (sugar and cane).

Gula-gula - menunjukkan elemen-elemen yang boleh menarik pengguna untuk membeli seperti keriangan, kepuasan, kecantikan, kesedapan, kenikmatan, kelazatan... (errr.. lain macam je bunyinya)

Rotan - menunjukkan elemen-elemen yang boleh menolak pengguna untuk beralih ke suasana yang lebih selamat atau selesa atau sempurna. Ini termasuklah elemen-elemen yang menakutkan, elemen yang meragu-ragukan, syak-wasangka dsb.


Cuba lihat iklan-iklan yang ada dan perhatikan...

Tak ada pula iklan yang berkata "Anda boleh mati bila-bila masa sahaja. Oleh itu, cepat-cepatlah beli produk kami sebelum anda mati."

Elemen sakit dan mati adalah momok-momok paling digeruni dalam dunia iklan.


Menjadi resmi beriklan agaknya, mereka akan cuba mencari 'soft spots' dalam diri seseorang.
Contohnya, iklan makanan segera sering menonjolkan elemen kanak-kanak yang ceria sedangkan kanak-kanak itu bukannya bekerja, bergaji dan berduit. Kanak-kanak itu seperti 'digaji' untuk melembutkan hati ibu bapa yang berduit.


Seorang bekas CEO sebuah syarikat kreatif yang membantu membuat iklan-iklan untuk syarikat besar-besar pernah bercerita. Dia kata, bayangkan bagaimana susahnya seorang jurujual mahu menjual barang kepada orang yang tak dikenali, malah mungkin baharu pertama kali berjumpa. Namun kalau jurujual itu pandai (dan katanya sememangnya mereka itu dilatih), dia akan cari 'soft spots'.

Kalau orang itu berkata "saya kena tanya isteri dulu..." mungkin faktor 'keluarga' adalah salah satu 'soft spots'. Jurujual itu boleh menggunakan skrip begini "Kalau ence beli ini balang, saya rase mesti isteli ence suka ati sebab olang pelempuan suka walne pink. Mesti isteli ence sayaaaaang sama ence... ence boleh kasi supplais sama isteli ence loo..."


Sebagai tugasan, cuba kita cuba fahami lagu 'sayangi Selangor yakini BN' yang berkumandang 3 kali di Buletin Utama... apakah soft points yang digunakan... dan adakah soft points ini benar-benar menyentuh hati majoriti penduduk Selangor? Aku dengar lalu terasa menyampah pun ada. Itu akulah. Mungkin tak kena dengan titik-lembut di selunjur tubuh aku.





.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Err...Zam nak tanya sikit boleh dak?



NAk tau, kat mana sebenarnya letaknya titik lembut kau tu? Senang nak target nanti, kalau nak menjual...



Hehehe...

cik kaki ketawe said...

errk...aku tetibe teringat kak Ton....
Pitam aku kalau nampak iklan dia...
comel macam kak Ton?
erk,pengsannnnn

Kniedaz said...

Dah nama pun iklan...kalau cepat soft melayang la duit..kalau hati keras..apa pun tak boleh

sepa said...

aku suka tgk iklan.! sebab... (biarla).


.

aza ni said...

err kau suka pink tak?


ok lupakan, aku tau kau suka rojak MG,tunjuk langit dan kopi serta kamera

Nizam.Ariff said...

cklah,
soft spot aku ada kat ubun-ubun... kalau ditiup perlahan-lahan, aku akan mengantuk dan tertidur diatas ribaan... hehehe


cik kaki ketawe,
Kak Ton datang??!!!!!!!!!
* Lariiii....... *
hahaha



kniedaz,
pengiklan ni suka gunakan kelemahan-kelemahan yang ada pada manusia untuk memujuk... perangai setan-setan je tu... hahaha


sepa,
ko suka tengok iklan sabun mandi ek?


azani,
aku suka hidu bau wangi, tak kira apa warnanya...

Daddy Ziyyad said...

Jujurnya, TV3( terutamanya melalui Buletin Utama) sudah terlalu 'overdo' ..hahahaha..dah la OVER, aku tegaskan lagi dengan TERLALU...

Kita faham mekanisme Media Prima sebagai Pak Turut ( baca: ada kepentingan ekonomi, maka perlu menurut) Kerajaan BN. Namun, mereka harus kawal cara penyampaian mereka, termasuklah menerusi kempen/lagu2..yg terlalu keterlaluan. Terlalu banyak, kita jadi mual, kan?

Percaya atau tidak, TERLALU banyak berkempen( macam Media Prima), boleh beri impak songsang ( reverse reaction). Dari orang cuba nak beri peluang kat BN, terus menyampah dan terus bagi mandat kat PR..~ hahahaha

cinta said...

terlebih gula nanti kena diabetes.
terlebih lemak nanti obes.
terlebih mkn nanti muntah.

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
I could not agree more...
Aku sokong kenyataan ko tu.



Cinta,
terlebih dengar nanti menyampah... kan?
hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com