.
Aku.
Berjalan sambil menyeluk saku
melihat dunia yang tiga-suku...
gila dengan masa hadapan yang entah jadi atau tidak.
Aku bukan sangsi, bukan skeptis.
Aku cuma tak gemar apabila saku aku orang seluk-seluk.
Kemudian orang ceritakan tentang indahnya masa hadapan.
Tentang peluang yang mungkin bertandang, mungkin juga tidak.
Kisah hidup aku orang jadikan lagu.
Maka berlagulah kisah hidup itu sebanyak 3 kali sehari.
Aku cuma tak gemar apabila kisah aku dijaja untuk memohon simpati.
Kerana saku aku kosong.
Apabila kosong maka janji-janji masa hadapan itu pun kosong.
(aku = makcik di pintu masuk masjid biru)
.
8 comments:
errr,maksudnya ni kes menjaja hal peribadi orang ke ape?
hehehe...atau kes orang sebok pasal mak cik masjid biru tu hidup susah?jenuh jugak aku nak memahami ni..hehe :P
cik kaki ketawe,
ni tentang orang-orang yang suka menjaja masa hadapan dengan janji yang bukan2...
tapi kos semua kita yang tanggung dari duit kocek kita
janji2 kosong..cuma umpan utk dptkan sst..dijadikan indah.
ummuaidan,
dunia zaman sekarang...
takut2kan dgn momok...
ohh...ok baru aku faham...so kalau ada org yg menabur janji gini
aku rasa baik abaikan...
pape hal yg jadi nanti kita tanggung sendiri jugak...
itu smeua janji dibibir je...
tebuuuu semata2...haha
time change people change...!!! it's perpetual transmutation, bang.
eh, tak. governing dynamics, kot.!
.
habis pr tak ada lagu tu lagi kot
cik kaki ketawe,
tabur janji dan harapkan ada ayam yang datang patuk... huhuhu
sepa,
jom jadi konservatif nak?
kita kekalkan dunia yang berputar perlahan supaya kita sempat lihat segala2nya dengan lebih details...
azani,
tu la..
aku pun tunggu juga bila lah lagu PR nak keluar...
Post a Comment