Thursday, May 2, 2013

Bak sebiji kelapa hanyut...

.


Tenggelam timbul, tenggelam...  dan timbul. Aku.
Bak kelapa yang jatuh di gigi pantai lalu hanyut ditolak deras hujan
Kemudian dikaut ombak tiga sekawan, digulung ke dasar
Dan mencungap-cungap aku timbul, mencari nafas yang terapung-apung dipermukaan.
Maka cerita seterusnya ialah bagaimana aku hanyut di lautan kehidupan yang luas itu
Bagaimana aku dipanggang matahari
Bagaimana aku berendam air garam
Bagaimana aku diharung tofan
Bagaimana aku menggigil kesejukkan tengah-tengah malam
Bagaimana aku dilambung di puncak ombak
Dan dibaling jatuh ke dasar


Bak kelapa hanyut yang rindukan pantai
Memasak jejak pada pasirnya
Kemudian bertunas, mula memucuk hijau
Lalu berbatang, menjulang ke atas


Bak kelapa hanyut, itu hanyalah harapan
Itulah angan-angan ketika aku hanyut di lautan
Ketika ini, sekecil-kecil angin pun sudah cukup
Untuk meniup nafas ke dalam hidung
Sekecil-kecil titis hujan pun sudah cukup
Untuk menyuap mulut, membasahi bibir merekah-rekah


Di lautan kehidupan yang luas ini
Sampai bilakah aku hanyut?






.

8 comments:

cinta said...

kelapa laut afrika? hee..

Daddy Ziyyad said...

apa pengakhiran kelapa hanyut? di telan paus? terdampar di pulau yg sepi?

Daddy Ziyyad said...

by the way, TQ atas explanation kau pasal susu getah & getah sekerap tu...best jugak kalau kau buat entri khas tentang nya...haha

Nizam.Ariff said...

cinta,
itu adalah salah satu ubat utama semasa kecik2 dulu... sedap.. hahaha



Daddy,
paus tak makan kelapa hanyut. kalau ada pun, paus tu tertelan... hahaha

aku dah buat research sikit2 tapi tanpa foto tentang getah sekerap adalah tidak menarik. Kalau aku ambik foto2 yang ada dalam internet, aku akan rasa tak best sebab tak ada originaliti. Tunggu aku balik nanti dan kalau ada rezeki menjenguk kebun getah, aku akan ambik sendiri foto tu... baru menarik..

ummuaidan said...

kelapa hanya biasanya biasanya akan sampai kedaratan jugak..:)

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
tapi mungkin tatkala sampai ke daratan, sudah menjadi busuk, tak boleh tumbuh... dan sudah mati.. huhuhu

sepa said...

kelapa suka hidup di tepi pantai.
kelapa suka pelepahnya dibuai angin laut.

.
itu kelapa... kelapa gembira hidup begitu.
kelapa memang suka merantau.
kelapa sentiasa timbul,
dan tahu mengikut arus (tak pernah ia menongkah arus...),
dan tumbuh, hidup di pantai yg putih bersih pantainya pula...


.
air kelapa kelapa muda sedap, tp BOD tinggi.


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tak sangka perangai kelapa hanyut mampu membuatkan dia mampu hidup dalam pelbagai rencam suasana...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com