Thursday, May 23, 2013

Halusinasi dalam ilusi sebuah mimpi...

.

Dimanakah aku ini? Seseorang tolong beritahu aku, dimanakah aku sekarang ini. 

Sekeliling gelap, manik-manik hitam beribu jumlahnya berjuntaian dari atas langit yang pekat tanpa bintang, tanpa bulan, tanpa seuntai cahaya pun. Aku gawang-gawangkan tangan kalau-kalau ada terasa sesuatu. Hampa. Hanya ada sebutir cahaya malap yang terawang-awang, seperti tersangkut pada buritan si kunang-kunang. 

Si kunang-kunang itu terbang mengikut aku ke mana saja aku melangkah. Kadang-kadang si kunang-kunang itu berlegar di sekeliling kepala aku. Aku rimas dengannya tetapi aku tak boleh halaunya, aku tak boleh membunuhnya. Biar pun lampunya kelam, itulah satu-satunya sumber cahaya yang aku ada di ruang kosong dan gelap ini.

Aku lemas dalam gelap. Tiada arah. Tiada sudut. Setiap arah yang aku hadap adalah arah hadapan. Aku telah hilang punca! Akhirnya aku penat. Aku duduk. Lantai yang berlendir, aku rasa ia juga berlumut tetapi warnanya hitam.

Aku mengalah. Aku terperangkap di dalam ruang gelap ini.


"Encik hendak apa-apa lagi?", seorang pelayan wanita bertanya dengan sopan.

Hasri diam. Hanya matanya bergerak seiring mangkuk sup ekor kosong yang diangkat oleh pelayan. Air kopi O panas telah menjadi suam, telah menjadi separuh penuh. Dia kembali merenung air kopinya. Pelayan itu kenal jenis renungan itu. Itu sebuah renungan yang kosong.

"Encik...?", pelayan itu meminta kepastian.

Hasri mendongak. Dia mahu berkata sesuatu tetapi kata-kata itu hilang. Hilang begitu sahaja sebelum sempat sampai ke lidahnya. Hasri bingung kenapa dia boleh jadi begitu. Dia ketuk kepalanya 2-3 kali. Tiada yang terhasil. Lidahnya masih menunggu isyarat dari otak. Malangnya, tiada isyarat yang keluar. Kepalanya seperti diselubungi kegelapan.

"Encik nak kata sesuatu kepada saya?"


Aku tunduk memandang lantai. Aku menangis di atas lantai berlendir dan berlumut itu. Terasa sungguh aku lemah pada ketika itu. Segala usaha aku gagal. Aku telah gagal mencari jalan keluar. Aku telah gagal mencari sebarang petunjuk untuk aku keluar dari ruang gelap ini. Si kunang-kunang masih berlegar-legar di atas kepala sambil menayangkan lampu kelam yang terjuntai dari buritannya.

Aku terperangkap dan aku terpenjara di sini...


"Encik....???", akhirnya pelayan wanita itu pergi meninggalkan Hasri yang masih terpinga-pinga di meja.

Satu apa pun tiada keluar dari otak Hasri. Dia seperti orang bodoh, seperti baru terpukau. Realitinya, dia melihat semua di sekelilingnya seperti ilusi, seperti sebuah halusinasi. Hasri terperangkap dalam halusinasi tegar.

"Keluarkan akuuuuu!!!!", aku jerit sekuat-kuat hati kepada si kunang-kunang. 

Malang. Si kunang-kunang tidak mahu berlegar-legar lagi di atas kepala aku. Ia terbang tinggi bersama-sama lampu kelamnya. Tinggi... semakin tinggi dan akhirnya cahaya itu hilang ditelan besarnya ruang. Segala-galanya hitam. Tutup mata, buka mata, sama warnanya. Hitam.

Tiada apa yang boleh aku buat lagi selain menangis dan merebahkan badan ke satu sisi. Perlahan-lahan aku bengkokkan lutut aku dan aku peluk kedua-dua lutut, buat penahan sedu dari esak tangis.





.

13 comments:

sepa said...

kunang-kunang... aku syak Hasri tgh duduk d restoren tepi sungai. paya bakau di situ. ada pokok berembang (jugak digelar pokok pedada)... ada ketam, ada ikan tembakol (eh, ikan tembakol dengan belacak sama ker.?!) berenang di celah2 akar bakau... memang gelap...!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ooo... pokok berembang tu pokok pedada... baru aku tau...
Hasri lepak kat restoran di tengah2 ibukota.

tasekM said...

sepa tu dah la mlm2 takde lampu.
ko pulak cerita gelap2, kan...?



.

Nizam.Ariff said...

TM,
kisah sepa yang terperangkap dalam diri. buat pertama kali dalam hidupnya, dia tak dapat berfikir. fikirannya terperangkap dalam gelap... hahaha

sudipVSsenduk said...

ko ni tak habis-habis...
dah makan ubat belum?

Nizam.Ariff said...

sudip,
dah makan ubat...ubat kendur otot.
orang lain makan ubat nak tegangkan otot.

Daddy Ziyyad said...

Minggu ni, aku namakan sebagai " Minggu Buritan Nizam Ariff"...hari ni buritan kunang kunang, esok lusa, buritan siapa pula? ~hahahahaa


Daddy Ziyyad said...

By the way, TQ for the entr semalam pasal Laksa Johor tu..aku akan terjah..sementelah kat Shah Alam je kan...Dan aku anak jati Johor, penggemar tegar laksa johor....Laksa Johor dimakan sedap samada guna mee laksa yg warna keputihan( bukan mee kuning ya) tu, atau guna spageti..ikut tekak, ada yg suka mee laksa, ada yg suka spageti..

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Apa kata " Hasri memburitkan keretanya ke belakang untuk keluar dari petak letak kereta yang sempit..."

hahaha....

Ko cuba la makan. Aku ni bukan pandai makan laksa Johor....

sepa said...

Hasri naik bas eh... hehehe



.

sepa said...

eh, apsal blog ko terkeluar dr 'reading list' blog aku.?!

.

sepa said...

dah... dah ok bang.! aku syak dak blogger nih kekadang dating sewel... hehehe

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Haah... datang sewel
kadang2 aku dah update tapi kat masuk kat bloglist entri terbaru...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com