Gulingkan kerajaan satu proses yang seronok? Rasa-rasanya mungkin betul sebab proses berguling itu pastinya semacam pesta. Ada letup-letup mercun dan bunga api. Ada orang ramai-ramai berarak. Ada bakar-bakar.
Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala kerana aku boleh lihat proses semacam itu di kaca TV. Kalau gulingkan kerajaan melalui proses mesyuarah atau demokrasi mungkin taklah macam itu. Kalau proses itu dilakukan secara demokrasi, istilah 'menggulingkan' mungkin tak akan digunakan. Mungkin istilah 'tukar kerajaan' lebih tepat.
- Katakanlah laungan untuk menggulingkan kerajaan itu berjaya disahut sebahagian rakyat dan kerajaan pun terguling.
- Pihak yang menggulingkan pun naik menjadi pemerintah yang baharu, disambut gembira oleh para pengguling sekalian, dijulang-julanglah barisan pemimpin mereka itu.
- Apabila kerajaan baharu ambil alih, mereka perlu ingat. Masih ada segolongan yang menyokong kerajaan lama.
- Para penyokong kerajaan lama akan 'meniru' keberkesanan tindakan kerajaan baharu iaitu 'gulingkan kerajaan' dan bukannya 'tukarkan kerajaan'.
- Mereka akan bersatu untuk menggulingkan kerajaan yang baharu pula.
- Bagi mengekang mereka digulingkan, kerajaan baharu akan menguatkuasakan undang-undang dan menggunakan segala jenis akta sehingga penuh segala penjara.
- Jika masih juga tidak dapat dikekang, mereka mungkin akan menggunakan undang-undang tentera pula.
- Mereka terpaksa laksanakan undang-undang tentera kerana kalau tidak nanti giliran mereka pula digulingkan dan kerajaan lama yang digulingkan akan kembali ke tampuk pemerintahan.
- Kemudian kerajaan lama yang sudah kembali ke tampuk pemerintahan akan cuba kekal tanpa boleh digulingkan. Maka undang-undang tentera akan terus diguna pakai.
- Begitulah .... berpusing-pusing.
Dan dalam proses berpusing-pusing itu nanti akan ada darah yang tertumpah, akan ada harta yang terbakar. Kita boleh lihat negara-negara lain. Itu menjadi panduan.
Kita perlu ingat. Kalau mereka nak gulingkan kerajaan sekarang, mereka perlu gulingkan sekali sebahagian rakyat yang masih kuat menyokong kerajaan itu. Kalau tidak mereka pula akan terguling.
Kalau mereka itu benar-benar orang yang mempunyai akal yang panjang dan bijaksana, mereka perlu ada perancangan untuk menggulingkan kerajaan dan para penyokong yang entah berapa juta jumlahnya. Tak cukup setakat itu. Mereka juga perlu ada perancangan bagaimana untuk mengekalkan kuasa apabila sudah menjadi kerajaan yang baharu. 'Ko ada semua tu?'
Kalau tak ada, jangan banyak sangat bercakap...
Aku syorkan agar mereka berfikir untuk ' winning our hearts and minds.' Barulah kerajaan akan terguling dan tidaklah nanti kepala mereka berserabut nak kekang segala jenis pemberontakan sebaik sahaja menang.
.
5 comments:
100% jelas.
i like.
cerite pasal guling2 nie...pesepsi antara akal dan nafsu. aku dah follow 267..follow balik k hehe
puteri purnama,
cakap siang biar jelas-jelas... kan?
Saiful Anuar Safian,
Okeh... thanks for following...
meriah betul la kehidupan korang kat semenanjung tuh...
sentiasa jeh ada perhimpunan...
kami d swak nih, hidup dlm basic need jeh... hehehe...
...alahai swak...!!!
eh, ko nak aku tulih ttg swak tak.?! ttg kehidupan yg sentiasa menjarak dan kekal berjarak dr segi keadaan dan kehidupan...!
.
Sepa,
Nak.. nak!!
tolong tulis sebab aku tak pernah pegi Sarawak...
Post a Comment