Tuesday, June 4, 2013

Saki-baki cuti sekolah...

.


Cuti sekolah masih berbaki (kurang drpd) seminggu.
Tapi aku tak dapat nak ke mana-mana pada hujung minggu
kerana aku bersekolah di hujung minggu.
Ironinya, aku bersekolah dikala sekolah bercuti.

Sambil menyibak helaian buku teks yang penuh dengan kes-kes mahkamah,
ingatan aku lebih menghayati cerita kakak di kampung tentang abang aku
yang pergi memancing Ikan Baung bersama-sama anak-anaknya.
Sekali pergi dapat 6 ekor, sekali pergi dapat 6 ekor lagi.
Maka kakak pun ceritakan masakannya pula: gulai lemak Ikan Baung dsb.
Dan kakak juga bercerita tentang abang aku pergi menembak burung.
Kemudian, kakak bertanya, "tak nak balik kampung ke?"
Ahhh.... stressssss.
Aku suruh kakak poskan seekor dua Ikan Baung.
Ah, buang tebiat agaknya...

Bilalah agaknya aku nak memancing lagi nih...

Tak mengapalah, kalau diizinkan Tuhan, 16 June ini adalah hari terakhir aku bergelar seorang pelajar dan hujung minggu seterusnya mungkin menjadi milik aku dan joran pancing...






.

12 comments:

Temuk said...

Waduuuh. Stres yo nggak apik. Kalau burung yang ditembak masih boleh terbang, bolehlah minta tolong padanya, terbangkan ikan baung tu kepada Nizam sesegera mungkin.

Lady Windsor said...

milik ko dan joran pancing? perghhh ni yg buat haku jeles neh...

ummuaidan said...

Antara hobi dan cita2..alaa nanti abes exam ko pergilah pancing puas2..heheh

Nizam.Ariff said...

Temuk,
tak boleh dipercaya sangat pada sang burung. mungkin nanti burung tu hinggap mana-mana dan makan ikan baung tu... hahaha


LW,
aku pun jeles kat pancing aku ... hahaha


ummuaidan,
penantian satu penyiksaan... huhuhu

Kniedaz said...

tak pernah makan ikan baung...tapi masak lemak tu macam sedap..haha

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
ikan baung segar dari sungai rasanya manis... teksturnya lembut tapi tak selembut ikan patin dan tak seliat ikan mayong...
ia makanan eksotik...

ASH said...

Betui ke nak ikan baung ni??
Aku suka gulai kari... ikan nyer tak hancur...tu yang best...

Nizam.Ariff said...

Ash,
Aku pernah juga makan baung masak kari gak.. isi dia tak hancur kan? macam ikan Mayong...

ASH said...

Ikan mayong pulok dahhhhh...

Nizam.Ariff said...

Ash,
Ikan Mayong la kan?
Yang macam ikan duri tu... tapi hidup kat kuala atau laut... kan?

Daddy Ziyyad said...

ko sambung Phd ke Nizam?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Tak lah... sekolah tak tinggi mana pun. Saja-saja mengisi masa terluang je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com