Monday, June 3, 2013

Motivasi menjelang pertengahan tahun bekerja

.

Apakah motivasi seorang pekerja untuk terus berdedikasi dalam pekerjaannya?

Setiap pagi, 5 hari seminggu, rutinnya hampir sama.
Ketika di tempat kerja, rutinnya pun begitu, kalau tak dimarahi, akan memarahi.
Ketika makan tengahari pun sama, kawan-kawan yang sama.
(kecuali aku... banyak kali aku makan sorang-sorang).
Ketika dalam perjalanan pulang, matahari semakin tenggelam.
Berebut-rebut dengan burung yang mahu pulang ke sarang.
Dan malam.... dan malamnya... ahhh..!

Apakah motivasi yang ada?


Bagi aku, salah satunya ialah bercuti dikala orang lain bekerja.
Terasa dunia ini lapang
dan aku dapat lihat kepincangan sistem duniawi dari mata berkecuali.



Esok aku kerja dan masuk semula ke sistem duniawi... haih!





.

8 comments:

Kniedaz said...

best tu kalau cuti time orang lain kerja...

sudipVSsenduk said...

kalau kerja sabtu ahad & cuti isnin selasa rabu khamis & jumaat kan bagus

Dr K said...

Aku pun hari2 lunch sorang diri beb..

ASH said...

Eleh...
kedekut ler tuu...
tak nak belanja kawan!!
.
.
.
hahaha..
.
.
alah...jangan merajuk!

ASH said...

Kadang kadang kutukan pencetus motivasi...
Mencabar ego..
Menjentik perasaan..
Menyirapkan darah..
Membakar semangat..
.
.
.
Macam engine kereta la juga!!!
^_^

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
ya, terasa nak jalan2 pun lapang je...


Sudip,
tapi kalau semuanya macam tu, haru juga... macam kisah bank tutup hari sabtu, payah dibuatnya kena keluar time waktu pejabat...


Daddy Ziyyad,
Ko anti sosial teruk sangat tu.. lebih teruk daripada aku kut... hahaha


Ash,
Haah... masing2 kerja makan gaji, buat apa asyik nak belanja depa je... depa pun dapat gaji juga...

Lady Windsor said...

motivasi aku setiap hari merudum tapi bila aku dengar dt fazilah kamsah punya ceramah pagi hari...aku berusaha juga memotivatekan diri sendiri. katanya: fikiran atau apa yang kita fikir adalah doa..jadi setiap hari aku berdoa/berfikir supaya kesihatan aku ditahap baik, nak bekerja dengan baik, dapat duit banyak, boleh jalan-jalan dan travel..ini apa yg aku fikir sentiasa..lenlain tu rahsia...hehe

Nizam.Ariff said...

LW,
yang rahsia tu la yang aku nak tau.. hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com