Saturday, August 3, 2013

Kisah air tebu cepat basi....

.


Tadi aku beli air tebu untuk juadah berbuka.

Aku beli dua bungkus: sebungkus yang bercampur ais dan sebungkus lagi tanpa campuran ais. Sesampai di rumah, aku cepat-cepat campurkan kedua-duanya kerana baru aku teringat air tebu mudah basi jika tidak disejukkan.

Kemudian, aku tefikir, air tebu ketika masih di dalam batang tebu tidak pula basi sedangkan kalau sudah diperah keluar, air tebu cepat basi.

Kemudian, aku terfikirkan beberapa perkara lagi seperti:
  • Santan di dalam kelapa tidak basi tetapi setelah dikukur dan diperah, ia akan basi dalam masa sehari.
  • Beras tidak basi tetapi nasi mudah basi dalam masa sehari atau lebih.
  • Susu ketika di dalam n*n*n lembu tak basi tapi kalau sudah diperah akan jadi lassi.
  • Tahi hidung tidak berbau ketika masih di dalam hidung tapi kalau sudah keluar ia berbau.
  • Air liur tidak najis ketika masih di dalam mulut tetapi setelah diludahkan ia jadi najis.
  • Badan manusia tidak membusuk hingga berpuluh-puluh tahun jika jantungnya masih berdenyut tetapi cepat busuk bila jantungnya berhenti.

Kejadian makhluk yang Tuhan rencanakan...




.

10 comments:

lonelyroseblack said...

Kuasa Tuhan... :)

the malay male said...

kerana apabila keluar, ia terdedah kepada udara

Teena Tna said...

Yang akhir sekali tu, subhanallah, tak pernah terpikir pulak benda2 ni.

Nizam.Ariff said...

lonelyroseblack,
Ya, kuasa Tuhan di segenap arah.

Lama tak nampak awak?


The malay male,
Aku kira itu bermaksud terdedah kepada kuman... tapi kuman juga ada ketika di dalam itu...mungkin kuman yang lain.


Teena,
Hehehe....itulah yang aku terfikir dan aku buat entri ini...

t.a.t.a said...

Kenapa kau beli sampai 2 bungkus, satu dengan ais, satu tanpa ais, tapi bila sampai rumah terus campur kedua-dua nya sekali?

Nizam.Ariff said...

Tata,
itu strategi aku.

t.a.t.a said...

cerita lanjut pasal strategi itu, boleh?

Nizam.Ariff said...

tata,
satu pekat, satu cair. Aku nak yang sedang2 manisnya.

Satu mahal, satu murah sikit. Bila bercampur, sedang2 harganya.

Daddy Ziyyad said...

tahukah kau bahawa jenis jenis maggots yg berbeza ada pada mayat terbiar, membolehkan forensic pathologist menentukan mayat dah mati berapa lama? Tgk, betapa agungnya ciptaanNYA...sampai ke ulat mayat pun, boleh memberi byk input..Maka mmg jelas nyatalah " Tidak lah dijadikan sesuatu itu dengan sia sia"

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
... diantara itu tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com