Friday, August 9, 2013

Kisah duit raya 2013

.

Sedang aku asyik-masyhuk melayari bahtera, bermain-main dengan lambungan ombak - sekejap aku ke atas dan sekejap aku ke bawah, dan sedang aku enak berdayung di alam maya, tiba-tiba...



"Pakcikkk.... ooo pakcikkkk..! Kami datang nak beraya." Satu suara di satu petang itu.

Aku toleh ke belakang. Aku pindahkan pandangan dari skrin komputer ke muka pintu rumah mak mertua aku yang sedia terbuka.

Aku nampak ada 3 budak lelaki berumur diantara 7-8 tahun. Dua budak sedang berdiri di bawah terik panas tetapi yang seorang lagi telah pun berdiri di muka pintu. Dialah yang menegur aku tadi.

Aku pandang budak itu atas-bawah: berseluar panjang, berbaju T, berkepala hampir botak dan membawa beg kecil yang diselimpangkan merentangi dada... sling bag.


"Hari ni tak ada duit raya, kuih raya adalah. Nak masuk tak?" aku bertanya.

Budak itu terus mendapatkan kawan-kawan.

"Kuih raya je la...." katanya, sambil berlari-lari ke luar pagar, menuju ke rumah jiran lain.


Entah. Aku tak kenal anak siapa. Ini bukan rumah aku. Ini rumah mak mertua aku. Yang penting, budak-budak itu pun tak kenal aku.





.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Kat sini pun ada. 3 orang beradik kecik kecik berjalan kaki. Ditanya, katanya dari Kg Banjar. ( kg Tasik M tu...hehe). Jauh juga dari taman ckLah ni kalau jln jaki. Kena nyeberang jln besar. Katanya, ibu suruh. Ibu mana? Tidor, jawab di dema. Klu jadi apa apa kat jalankan susah. Konsep raya dah disimpangkan jauh. Kan molek klu mak ayah dtg sekali boleh kenal kenal.

Kau bila nk dtg rumah ckLah ni Zam? Jgn lupa alamat rumah ok!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Itulah dianya.
Semangat ziarah tak ada.
Aku lainlah... antisosial.. hahaha

ummuaidan said...

hehe..aku pun ms dulu2 pernah gak cakap direct kat budak2 camtuh..terus jr dep blah bila ckp duit raya takder..

che mid said...

Che Mid pernah jumpa budak err.. bujang datang beraya tapi rupa macam budak dadah je.. muka pun tak familiar.. bila soal jawab lebih sikit dah tak tau nak cakap apa..

t.a.t.a said...

Tahun lepas rumah mak gue bebudak datang beraya cuma 1 group aje.

Tahun ni langsung takde group. Kes takde duit raya la ni.

Amboi, siap sling bag lagi. Simpan duit raya kot?

gadisBunga™ said...

hmm...terlambat baca entry nih la..adeyyy~

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
skrip yang sama... hahaha


che mid,
ada gak yang nak ambik kesempatan eh...


Tata,
bila aku nampak sling bag tu yang aku cakap ada kuih raya je... nampak sangat beraya tak ikhlas.. nak duit jer...


GB,
Hahaha.... takpe, masih ada 3 minggu lagi budak2 nak datang beraya...

ASH said...

"PAKCIK TU TAK DAK DUIT..."dialog anak anak itu.
" KEDEKUT KUT " kata seorang kawannya.
" Ya la tuuu " jawab seorang lagi.
.
.
.
.
oooppppsss.. maaf. Dialog tiada kena mengena dengan menantu rumah dalam cerita.

Nizam.Ariff said...

Ash,
Mungkin juga budak tu kata gitu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com