Wednesday, September 18, 2013

Matahariku cantik tapi....

.


Lewat petang semalam, ketika pulang, susuk tubuh matahari tepat di hadapan mataku. Warnanya jingga, membulat, membusung, mengelembung - kelihatan sungguh sempurna tubuhnya. Ini gara-gara tubuhnya tertapis zarah-zarah jerebu atau asap menyebabkan cahayanya itu sedikit yang sampai ke wajah aku.


Aku juga perasan susuk tubuh matahari petang semalam, mungkin juga hari ini, lebih besar daripada sebelum-sebelum ini. Kenapa agaknya?


Adakah sekarang ini kita sedang berada di solstis?

Atau mungkin NASA sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum?

Mengapa matahari membelon besar sebelum jangkaan waktunya seperti mana dikira oleh manusia?


Petang semalam, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku disambut oleh matahari yang membelon besar dan berwarna jingga... aku perasan akan itu.






.

12 comments:

JunAina said...

Balik semalam tak sempat nak tengok matahari. Mendung!

HeNRieTTa JoSe said...

semalam xperasan...tpi pg td, mentari besar,munculnye awl...

Nizam.Ariff said...

JunAina,
Takpe, moga hari ni ada kesempatan...


KJ,
Tu la.... kenapa ek?

sudipVSsenduk said...

kalau masuk court kalah ni.. tiada bukti

Nizam.Ariff said...

SvS,
kalau ada bukti pun kadang2 boleh kalah gak... Taik tengah jalan, dah sah-sah ada yang membuangnya tapi alih-alih didapati tak ada yang membuang.. malah, itu bukan tahi sebenarnya tetapi baja kompos...so, semuanya terlepas bebas tanpa perlu dipanggil membela diri lagi.. kakakaa

Rai Ourkizuna said...

tak perasan!

gadisBunga™ said...

sini tak nampak.

sebab saya duduk kat opis time matahari terbenam. dan duduk di umah time matahari naik.

huuu~

Nizam.Ariff said...

Rai,
masih ada masa lagi.. esok tgk lagi.. hehehe


GB,
Bagimu, matahari telah lama pergi meninggalkanmu... atau
Kamu yang pergi meninggalkan matahari keseorangan berjalan tanpa teman... hahaha

t.a.t.a said...

bak kata mak aku, aku pergi kerja dengan bulan. balik kerja pun dengan bulan juga. huhu

tapi dalam kereta tetap ada rayban.

Nizam.Ariff said...

Tata,
rayban untuk gaya seni keunggulan.. hehehe

sepa said...

aku perasan bulan sungguh besar dan dekat...

Nizam.Ariff said...

sepa,
adakah bulan dan matahari bersekongkol?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com