Saturday, September 7, 2013

Tips jimat minyak petrol kereta

.

Ini diantara panduan-panduan penjimatan minyak petrol kereta yang aku kumpulkan dari rakan-rakan yang terbabit dalam sektor automotif. Sayugia diingatkan bahawa perbezaan penjimatan hanya untuk kereta sedia pakai dan bukan perbandingan diantara model-model kereta.

Cuba kita periksa perkara-perkara berikut:
  • Kelajuan konsisten / malar menjimatkan petrol - majoriti rakan-rakan mengatakan memandu dengan kelajuan yang konsisten menggunakan kurang petrol daripada kelajuan yang berubah-rubah, yakni suka tekan-lepas-tekan-lepas.
  • Kurangkan penggunaan brek untuk jimat petrol - bukanlah bermaksud tekan brek bila sudah dekat, itu salah dan berbahaya. Maksudnya ialah gunakan lajak / momentum kereta untuk optimumkan penggunaan petrol. Kalau dah berhasrat nak berhenti dalam 50 meter, janganlah ditekan minyak lagi. Sebenarnya petrol dibakar untuk mendapatkan tenaga untuk menggerakkan kereta. Apabila brek ditekan, sebahagian tenaga kinetik akan ditukarkan kepada geseran brek dan tenaga haba... dan ini merugikan kerana tenaga yang kita bakar sepatutnya untuk menggerakkan kereta.
  • Jika kereta manual, gunakan gear tinggi (gear 4/5) - sila awasi meter RPM. Jika meter RPM menunjukkan angka 3000 atau lebih, sila tukar gear untuk jimatkan petrol. Kecualilah ketika memecut, sila gunakan gear rendah (gear 3/4) untuk mengoptimumkan kuasa. Jika memecut dengan gear tinggi (gear 5), kuasa tak cukup untuk memberikan tork yang diperlukan untuk memecut menyebabkan penggunaan minyak yang lebih tinggi.
  • Jika kereta automatik, jangan tekan minyak untuk turunkan gear dan memecut - sebaliknya, kalau ada 'shift lever' atau 'tiptronik', sila gunakannya untuk turunkan gear dan barulah tekan minyak untuk memecut. Jika tiada, sila turunkan menggunakan gear lever.
  • Kelajuan yang ekonomik ialah sekitar 90km/j ~ 100km/j - kalau boleh kekalkan kelajuan ini, sila kekalkan terutamanya ketika di lebuhraya. Kelajuan melebihi 110km/j biasanya akan menggunakan minyak lebih tinggi. Kalau kelajuan lebih rendah juga akan menggunakan minyak yang tinggi.
  • Jika turun bukit, sila lepaskan pedal minyak - ini sudah terang lagikan bersuluh. Biarkan kereta meluncur tanpa bantuan petrol. Tapi jangan pula nak free gear... itu sangat bahaya.
  • Periksa tekanan tayar - tayar yang kurang tekanan akan menggunakan lebih petrol.
  • Buang bebanan lebihan dalam kereta - jangan angkut segala jenis barang di dalam bonet. Beban yang lebih tanpa diperlukan akan menyebabkan kereta menggunakan petrol yang lebih.
  • Kepada yang berani, sila potong angin - ini biasa digunakan oleh perempit jalanan ketika di lebuhraya. Maksud 'potong angin' ialah mengekori kenderaan yang lebih besar dengan rapat-rapat agar rintangan angin dikurangkan.
  • Periksa 'air filter', jika kotor sila tukar atau bersihkan - kekurangan udara atau oksigen akan menyebabkan pembakaran petrol tidak efisien dan akan menggunakan petrol yang lebih.
  • Servis kereta mengikut ketetapan - kereta yang diselenggara dengan elok akan memastikan keupayaan dan efisiensi pada tahap optimum.




.







11 comments:

sepa said...

sungguh berinformasi, dan tips yang berguna yang sepatutnya digunapakai.

nak tanya bro, nelayan masih dpt subsidi minyak tak?

Bahrain Ramlan said...

informasi yang berguna..tapi kadang2x tak ikut saangat..ikut sedap hati je bawak kereta..haha

ASH said...

Cikgu, nak tanya soklan jap... kalau kereta automatik yang ada gear + - kan D tu apa tujuan nyer...
Tanya jer..

Dan btw cikgu, rasanya posmen pun nak jimat minyak motor sebab buku yang cikgu kirim tu tak sampai sampai pun lagi.

Mana di campak kannya ler...wallahualam.

Sekian dan sian kat cikgu...
Harap maklum.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Tak tau.
Ko kan ke anak nelayan dulu?


BR,
Biasanya bila dah stabil, takde nye nak jimat jimat dah... hahaha.


Ash,
+- tu untuk tambah atau turunkan gear dlm manual mode walau gear automatik.

Buku takde lagi? Pelik sungguh... salah bagi alamat kut

ASH said...

Rasanya tak salah..

sepa said...

aku tetap anak nelayan bro, cuma aku bukan nelayan... darah anak nelayan mengalir di badan aku bro... darah keperwiraan wirawira laut yang meredah ketaktentuan gelora dan ketakterdugaan badai, seperti pelayar-pelayar Bulukumba...!!!
...tapi, subsidi tidak pernah diajar kepada aku bro...!

Nizam.Ariff said...

Ash,
maknanya posmen yang ke kawasan tu tak efisien...


Sepa,
pesal ko jauh sangat kat sana... subsidi habis bila cecah pantai laut china selatan...

t.a.t.a said...

posmen tu tumpang baca dulu kot buku tu?

Nizam.Ariff said...

Tata,
aku pun syak begitu... hahaha

Su @ Aya said...

ya.. aku juga kononnya perasan (sebab aku tahu) kalau aku stabilkan kelajuan, maka minyak macam lambat luak. maka aku sentiasa cuba kontrol kelajuan kereta aku..

buku dh sampai last week lagi. terima kasih byk2 bro. nampknya cekap juga posmen kat sini. hehe...

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
Buku dah sampai?
Err... posmen kat BBBangi ni cuti raya lagi kut?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com