Friday, July 27, 2012

Syarah tentang logistik, topografi dan kesannya kepada ekonomi

.

Kali ini kita bercerita tentang logistics dan topografi serta kaitannya dengan ekonomi makcik Milah dan makcik Wok, juga tentang Hasri Hensem penjual berger dan otdok berjenama Lamlee yang kenyal lagi anjal itu.


Dulu-dulu makcik Milah buka gerai jual karipap pusing, ada juga botol budu cap ketereh diletakkan di atas meja gerainya. Makcik Wok nak jual budu cap ketereh juga tapi tak boleh sebab tak tahu nak ambil dari pemborong mana. Masa tu kalau nak dapatkan budu cap ketereh kena pesan kat sesiapa yang pergi ke Kelantan. Atau kalau pandai sikit, pesan pada drebar bas ekspress MARA ke Kelantan. Boleh jugalah pesan 2-3 dozen tapi kenalah hulur sikit-sikit kepada drebar bas tu. Oleh sebab nak ke Kelantan dan pulang ke T. Intan mengambil masa dan tenaga yang banyak, makcik Milah boleh letakkan harga budu cap ketereh 50sen sebotol lebih mahal daripada di Pasar Siti Khadijah.


Bentuk muka bumi Banjaran Titiwangsa menjadi satu halangan ekonomi. Oleh kerana makcik Milah seorang peniaga yang berpandangan jauh, halangan dilihatnya sebagai satu oportuniti. Dia dapat mencari penyelesaian logistik untuk budu cap ketereh yang dijualnya. Bagi sesiapa yang berjaya lepasi halangan itu, dia mendapat satu kelebihan. Makcik Wok gagal lepasi halangan itu, jadi makcik Wok tak dapat nak jual budu cap ketereh.


Beberapa masa berlalu, Banjaran Titiwangsa bukan lagi menjadi halangan ekonomi. Dengan pembinaan lebuhraya Grik-Gua Musang, logistik bukan lagi satu masalah yang besar. Kini, makcik Wok juga mampu mendapatkan bekalan budu cap keterehnya dan makcik Milah tidak boleh lagi menjualnya dengan kelebihan 50sen sebotol kerana makcik Wok menjualnya dengan kelebihan hanya 25sen.


Beberapa masa berlalu lagi (dan entah macam mana umur makcik Milah dan makcik Wok dipanjangkan Tuhan), kali ini sempadan negeri tidak lagi ditentukan dengan batu tanda dan tebing sungai atau bukit-bukau. Malah, sempadan negeri hanya wujud di atas peta topografi. Kesan internet jalur lebar dan kecekapan sistem penghantaran cepat melalui Pos Laju telah memungkinkan Hasri Hensem, yang menjual berger dan otdok jenama Lamlee turut sama menjual 'budu cap ketereh kurang masin' dan 'budu cap ketereh tanpa MSG' dengan mengaplikasikan infrastruktur jalur lebar.


Malaysia menjadi tanpa sempadan. Perniagaan sampingan makcik Milah dan makcik Wok kini terjejas teruk dengan kemasukkan Hasri Hensem dalam perniagaan budu cap ketereh. Namun ceritanya tidak hanya di situ. Kang Misran yang selama ini kerjanya menyabit tandan Sawit di kebun bukan RISDA, FELCRA atau FELDA telah tertarik untuk menjual budu cap ketereh melalui 'dalam talian' dengan kerjasama rakan 'Pen Pall' di United Kingdom yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan anak-anak dan isterinya (kini mereka berdua berhubung melalui laman sosial Facebook).


Penjenamaan semula budu cap ketereh kepada 'Masterchef's Anchovy Brew' dalam dua perasa iaitu lemon dan bunga lawang telah mendapat sambutan diluar dugaan gara-gara ianya dikaitkan dengan kesan afrodisiak, menyebabkan budu-budu itu diminum dengan mencampurkannya dengan wain dan bir. Oleh itu, kang Misran telah memborong semua budu cap ketereh di pasar Siti Khadijah dengan harga yang lebih tinggi kerana kang Misran mendapat kelebihan dari kadar matawang asing dimana 1Euro = RM4.23. Kini kang Misran telah menghapuskan saingan dari makcik Milah, makcik Wok dan sekaligus Hasri Hensem si penjual berger dan otdok jenama Lamlee.


Kini, dunia pula menjadi tanpa sempadan. Dengan ketiadaan sempadan ekonomi yang jelas dan fizikal, sesiapa yang lebih cerdik dan kreatif dan mempunyai sifat-sifat keusahawanan akan berjaya. Bukan setakat itu sahaja, mereka mungkin turut menghancurkan pesaing-pesaing yang ada.


Beberapa masa berlalu, angkasawan negara yang ke-3 telah menjadikan budu cap ketereh sebagai salah satu menu di stesyen angkasa antarabangsa Lunarmaya. Ternyata budu tersebut mampu mengekalkan keaslian rasa di ruang angkasa dengan graviti sifar, walau dikenakan sinar radiasi yang tinggi yang melanda bersama-sama ribut solar. Kini, angkasa pula berpotensi menjadi ruang tanpa sempadan ekonomi.


Persoalanya:
Kalaulah kehebatan budu cap ketereh diketahui oleh ahli-ahli korporat Planet Marikh, apa akan terjadi kepada perniagaan makcik Milah, makcik Wok, Hasri Hensem dan kang Misran (dan Pen Pallnya)?






.

14 comments:

Anonymous said...

situasi sama macam perniagaan runcit kat malaysia, yang banyak tertekan dengan kewujudan hypermarket berjenama antarabangs. sekarang mamak kedai runcit bisnesnya dah tak boleh blah lagi. cuma bergantung dengan dunhill bukak, nusantara dan suratkhabar.

nama stesen angkasa tu `luna maya'? jangan buat misi sambil skandal dengan angkasawan russia sudah...

LydSunshine said...

Ooo..simbolik betul. ni kisah peniaga kecil dan nasib perniagaan derang la kan, bila jualan barang2 dah dimonopoli oleh pasaraya besar. Agaknye la kot.

Nizam.Ariff said...

SM,
haah, nama stesyen tu aku pilih Lunarmaya tanpa ada prejudis... hahaha




LyDS,
ya, lebih kurang begitu la...
ianya tentang ikan besar makan ikan kecil...

sudipVSsenduk said...

"Man Jadda Wa Jada".

Anonymous said...

entah, yang KA tau KA akan beli berbotol2 budu bila balik dri kg en hubby hehehe

Nizam.Ariff said...

sudipVSsenduk,
errr... itu menda tu, cakap arab ek..?



KA,
aku dah lama tak makan budu kecuali yang siap dalam nasi kerabu... huhuhu

secangkir madu merah said...

aku tak pandai makan budu..

sepa said...

kang Misran penyibuk.!!! kebun sawit bukan RISDA, FELCRA dan FELDA siapa nak jaga.?!

kang Misran sepatutnya jual racun rumput ke Libya, Syria, Arab Saudi dan negaranegara padang pasir lain, baru mencabar. Strategi Blue Ocean gitu... exploring un-explore market niche.!!!

sepatutnya, Hasri Hensem, bukan jeh mengembangkan bisnes berger dan otdok berjenama Lamlee yang kenyal lagi anjal itu, dia juga diversify produknyer, dan memperkenalkan berger dan otdok yang berperisa budu cap ketereh, yang dia beli dari sabah, sebab pembekal dari pasar Siti Khadijah dah main kayu tiga. pengeluar budu di Sabah adalah kerjasama Hasri Hensem dengan saudagar bajau...!!!

ahhhh...!!! malas nak sambung panjangpanjang...

hidup Hasri Hensem...!!!

aza ni said...

syabas Nizam
bernas dan padu...

andai sesiapa di Kementerian yang berkaitan sila ambil perhatian dan unjurkan langkah seterusnya...

ASH said...

heheheheheh..
pepagi macam ni best gak berangan angan!!
sampai ke planet lain BUDU chap ketereh tu!!
.
.
.
Ko nak eksport produk apa sebenornya ni?
AYOR DAUN KETUM KE?
.
.
.
semoga berjaya..
InsyaALLAH..NIZAMMMM BOLEH!!

Lily Abdullah said...

Tapi aku baru melawat planetarium negara.

Kat planet marikh diberitakan tak de hidupan

ha ha..

Entri terbaik

Nizam.Ariff said...

SMM,
alaa.... senang je.. nganga dan telan... hahaah




sepa,
ko janganlah nak dengki2 dgn Kang Misran tu, dia orang lama dan dia ada penpall... hahaha





Ash,
buat apa eksport air ketum... berat, charge mahal... jual pil daun ketum je.... hahaha





Kak Lily,
Ooo.. sebab dia org datang waktu siang, waktu siang orang kat Marikh ada di perut planet tu sebab panas... hahaha

sepa said...

Kang Misran mana ada PenPall kat United Kingdom, PenPall dia kat Sweden la... :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
Ooooo... aku terlupa...
keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com