Friday, October 25, 2013

Aroma Hijrah di TTDI...

.

Mencuba 'Nasi Arab' di Aroma Hijrah, TTDI...




Pilih kombo ternyata lebih nilai untuk wang anda... kami pilih kambing+ayam


Salsa nya memang sedap terangkat, cukup imbangan masam pedas manis masin


Ada kawan yang sanggup korek sum-sum lutut kambing ini.. aku tak sanggup


Secara jujurnya, hidangan yang aku makan itu memang sedap. Aku tak pernah pergi ke negara-negara Timur Tengah. Jadi, aku tak bolehlah bandingkan Nasi Arab di sana dan 'Nasi Arab' yang di sini. Kawan-kawan kata banyak 'Nasi Arab' di Malaysia telah pun disesuaikan dengan lidah orang Malaysia.

Oleh sebab itu, aku tak berani nak komen lebih-lebih. Apa yang aku boleh katakan ialah hidangan di atas itu memang sedap.... yummy!

Harganya? Kalau aku... aku tak mampulah nak makan hari-hari... hatta seminggu sekali pun tak boleh. Kalau 2 bulan sekali mungkin boleh...





.

5 comments:

t.a.t.a said...

haa food yang ini boleh masuk tekak aku. kalau tengok Nasi Arab ni kan aku tertarik bab nasi ia yang panjang tu.

che mid said...

Sekarang ni di mana-mana ada nasi Arab.. tepuk dada tanya nak kambing ke ayam..!

Nizam.Ariff said...

Tata
Kenyang kalau panjang panjang...


Che mid
Aku pelik kenapa tak ada lembu ek...

Daddy Ziyyad said...

Meh sini aku nak promo..hahahaha:

- Hantar wife kau belajar masak pelbagai nasi arab ( hadramaut/ kabsha/mandy) dgn wife aku, kat studio bakery wife aku..Lepas tu senang, takyah buang duit gi restoren nasi arab..:)

Nizam.Ariff said...

Daddy ziyyad
Lorrr...aku ingat kelas bakery je ada...haha.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com