Wednesday, October 16, 2013

DIY Cara-cara membuat perangkap lipas...

.

Asalnya, ini projek Ariff untuk dihantar ke kelasnya. Aku rasa elok dikongsikan kepada semua. Lagi pun prototaip projek Ariff telah dibuat pada minggu lepas dan di dapati dapat memerangkap anak lipas. Mudah sahaja membuatnya. Aku ceritakan secara bergambar...



Bahan yang perlu: Botol 1.5 liter, alat: Gergaji atau pisau, masking tape


Potong botol plastik pada bahagian leher di bawah penutup


Sudah terpenggal... tapi sila simpan bahagian penutupnya kerana ada gunanya


Potong pula bahagian 'corong' seperti di dalam gambar...


Dah terpenggal lagi....


Terbalikkan corong dan masukkan ke dalam botol plastik semula


Dan cantumkan kedua-dua bahagian mengunakan masking tape


Jika di lihat dari atas, inilah corong tadi...


Sudah siap!!!
Lekatkan masking tape di tepi perangkap agar senang lipas panjat


Seterusnya, letakkan umpan di dalam botol perangkap itu. Aku letakkan belacan di dalam perangkap prototaip dan aku dapati ianya terlalu busuk. Aku rasa, kalau letak biskut manis pun memadai.

Oleh kerana perangkap ini mudah untuk dibuat dan bahannya pun dari botol 1.5L yang terpakai, tak perlulah nak buka untuk buang lipas-lipas (atau mungkin juga lalat) yang terperangkap. Buang saja perangkap itu dan buatlah yang lain...





.

18 comments:

Kniedaz said...

bagus idea ko ni tapi aku malas nak buat...aku spray je lipas kalau ada..hehe

selamat hari raya aidiladha ^_^

sepa said...

bro, guna pisau pun dah bulih eh.!

eh, wa nak tiru la bro. utk semut boleh tak?


.

Time Traveller said...

cara yang sama nk bunuh nyamuk .. letak air sedikit dan soda.. :D

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Tu beracun la...

Sepa.
Semut pun boleh tp letak air la...

TT.
Ye ke? Bolehlah dicuba nanti...

Lady Windsor said...

Eh baguslah idea Ariff ni, praktikal pada aku...tapi rumah aku jarang sangat ada lipas..

Lady Windsor said...

Eh baguslah idea Ariff ni, praktikal pada aku...tapi rumah aku jarang sangat ada lipas..

LydSunshine said...

Bagus ni. Takde gmbr anak lipas yg terperangkap ke sebagai testimoni.

HeNRieTTa JoSe said...

kreatif....abis tutupnye dibikin apa?

t.a.t.a said...

RieTTa, tutup nya dibikin kumpul in. jadi kan hobi.

t.a.t.a said...

kat rumah aku pakai kertas perangkap lalat. kalau banyak sangat lalat, bukak kertas bergam tu, letak aje atas meja.

lipas, lalat, cicak pun termelekat kat situ.

Nizam.Ariff said...

LW,
boleh buat perangkap nyamuk macam cakap Time Traveller tu...


LyDS,
Takde gambor... Nampak belacan yg aku letak tu karang... geliiii...


HJ,
Tutupunya akan di bikin.... sila tgk entry seterusnya... hahaha


Tata,
Ya betul... tapi itu kena beli...

ASH said...

Aku rasa macam dah tengok mender ni....hmmmm aku tau kat mana...ASTRO TVIQ...hihihihi...

Nizam.Ariff said...

Ash,
ye ke? aku tak tengok pun... dia org ciplak la tu..

t.a.t.a said...

mana Ariff dapat idea tu?

Nizam.Ariff said...

Tata,
aku punya idea... hahaha
cuma dia kata dia nak sesuatu daripada botol plastic. Aku teringatkan perangkap lalat buah yang selalu digantung pada pokok jambu dan duku...

t.a.t.a said...

oo kalau macam tu Astro la ciplak idea kau eh?

the malay male said...

dah terbukti berkesan ke ni...

Nizam.Ariff said...

Tata,
Aku plak ciplak idea org kampong.... hahaha


the malay male,
ada yang brkesan.. ada yang kurang... sebab kurang ada lipas... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com