Thursday, November 14, 2013

Menggenggam jari...

.

Ada seorang tua bernama Hasri. Dia bertongkat. Berjanggut putih. Bersongkok kusam. Berbaju T pagoda putih, ada koyak-koyak kecil di sana sini, sudah reput bajunya. Usia dia juga sudah reput sebenarnya.

Hasri melintas jalan. Dari siar-kaki menyeberang ke taman kecil. Ada bangku batu pemberian Kelab Rotary. Itu tujunya. Di situ dia duduk melihat ufuk timur. Dari situ dia lihat kanak-kanak bermain. Melihat remaja-remaja berpeleseran. Bergaduh. Berebut. Dia lihat orang ketawa. Orang bercanda. Orang berjalan sambil bercerita dengan tangannya. Orang bersandar sambil memegang koran berita.

Dia suka duduk di situ. Bila di situ, seolah-olah dia melihat dunia.

"Hei budak!"  Hasri mengangkat tongkat tinggi.

Dua orang remaja sedang bertegang urat. Tangan masing-masing sudah menggenggam penumbuk. Tetapi terhenti bila dijerit Hasri.

"Kau berdua datang sini."

Mereka tertanya-tanya tetapi akur kepada orang tua itu. Setelah hampir, Hasri pandang mereka atas bawah. Atas bawah. Dan atas bawah.

"Aku tak tahu apa yang kau orang rebutkan. Apa pun ia, dunia lebih luas di depan sana. Kau orang boleh ambil."

Kedua-duanya melihat sekitar taman. Apa yang Hasri lihat tadi mereka juga lihat.

"Tapi kau orang tak boleh ambil dengan penumbuk tergenggam. Tak boleh nak pegang walau sehelai daun rumput pun. Kena dibuka jari-jari tu..."






.

20 comments:

ummuaidan said...

paham ker budak2tuh ngan maksud hasri..?hehe

t.a.t.a said...

Bangku batu pemberian Kelab Rotary yang tidak jemu Hasri kunjungi setiap hari cuti atau waktu lapang. Di bangku batu itu la dia memerhati dan melihat perkembangan dunia di hadapannya.

Di bangku batu itu la tempat dia mengenal dunia dari pandangan mata Makcik Preemaswari a/p Rajoo, perempuan berumur yang bekerja menyapu daun-daun kering di taman itu. Mengenal dunia dari pandangan perspektif lain.

Hasri rindukan Makcik Preemaswari a/p Rajoo. Hasri rindukan kata-kata nasihat Makcik Preemaswari a/p Rajoo. Rindukan ketenangan raut wajah nya.

Aneh kan, bagaimana dua orang manusia yang berlainan agama, bangsa, yang tiada langsung ikatan kekeluargaan tapi masih boleh berbicara mesra tentang segalanya dan mewujudkan satu ikatan satu sama lain?

Makcik Preemaswari a/p Rajoo mati beberapa tahun yang lepas. Kemalangan. Sejak itu Hasri kembali keseorangan duduk di bangku batu itu.

aza ni said...

apa kata nita?

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
tak faham dia kena Tanya la... hahaha


Tata,
Masa makcik tu ada, Hasri masih remaja. Ni Hasri dah tua, makcik tu dah lama dah tak ada... hahaha


azani,
dalam citer ni tak de Nita...
Nita citer lain... hehehe

t.a.t.a said...

tu pasal aku cakap Hasri rindu makcik tu. dia mengimbau kenangan lama la tu. haha

Nizam.Ariff said...

Tata,
weh.. makcik tu ko cakap mati beberapa tahun lepas.. mati eksiden....mesti umor dah 100 thn...by the way, makcik tu eksiden ek? kesiannya..

t.a.t.a said...

makcik tu peneman Zi Yuan, penjaga Pool of Eternal Life dalam The Mummy. Dia ada minum air dari kolam tersebut dan hasilnya dia immortal.

tapi bila dia dah berkenalan dengan Hasri, makcik tu sedar yang dia dah bosan sebenarnya. tu yang dia sacrificed kan dia punya immortality. beberapa tahun kemudian dia pun mati.

amacam? boleh terima tak?

Nizam.Ariff said...

Tata,
aku tgh fikir, cemana cara dia sacrifice tu... kepada Hasri kah? Atau kepada lelaki tua yang mengumpul-plastikkan daun-daun gugur itu kah?

t.a.t.a said...

dia sacrifice kan pada Hasri. kan Hasri sakit. kesihatan tak menentu. makcik tu tukar immortality dia dengan kesakitan Hasri. tu pasal Hasri dah tua-tua pun masih bernyawa lagi.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Hahaha....rugi la Hasri tak dapat masuk syurga. Nak masuk syurga kena tinggalkan jasad bumi dulu, kena mati dulu...

t.a.t.a said...

Hasri buat perjanjian dengan budak berdua tu. kalau mereka boleh buktikan sesuatu, Hasri akan beri mortality tu pada mereka pula.

boleh Hasri mati kemudian.

Nizam.Ariff said...

Tata,
itu bukan immortality.. itu saka namanya.. hahaha

t.a.t.a said...

tu la. tadi pun bila baca balik aku dah rasa macam saka la pulak menatang tu.

Nizam.Ariff said...

tata,
saka busut jantan... hahaha

Daddy Ziyyad said...

Kelab Rotary mmg famous dengan sumbangan bangku batu tu kan...hahahaha...

aku syak Hasri rupa dia macam Gandalf...tu sebab budak2 tu akur bila dia panggil! :P

Nizam.Ariff said...

Daddy Z,
Ya.. ya... hamper serupa.. cuma Hasri yang betul tu rambut kurang dah... hahaha

LydSunshine said...

"Tapi kau orang tak boleh ambil dengan penumbuk tergenggam. Tak boleh nak pegang walau sehelai daun rumput pun. Kena dibuka jari-jari tu..."

Kedua-dua remaja itu berpandangan sesama sendiri. Di dalam hati masing-masing merasa insaf juga malu terhadap pakcik yang berambut putih tetapi botak di tengah itu. Genggaman penumbuk juga perlahan2 dilonggarkan..... Akhirnya mereka salam cium tangan Hasri.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Hah.. itulah sambungannya... itulah mesejnya...
aku dah mula rasa kita ada gema otak yang sama... hahaha

sepa said...

...aku sambung bro.!

"Hasri menyeluk poket depan seluar Levi's 501 (hebat jugak Hasri ni bila tang bergaya.!)... dikeluarkannya satu kotak berwarna merah sebesar penumbuk, dan satu kotak lagi berwarna silver lebih kecil.

'nah, anak muda.!' dari kotak merah, Hasri buka, kotak Dunhill, dua batang rokok dijulurnya dari kotak itu...

dan Hasri pun ambil jugak satu batang. masing-masing mengepit batang rokok itu dengan bibir.

.
mereka diam-senyap seketika...
.
'maner apinya bro.?!' serentak kedua-dua anakmuda itu bertanya...

.
Hasri menghulurkan kotak silver itu kepada salah seorang dari anakmuda itu, 'kamu tidak akan dapat api, selagi kamu tidak petik kotak ini...'!
.
'kotak aper nih bro?!', mereka bertanya lagi...

.
'itula... itula lighter Zippo, wahai anak muda...', Hasri merebahkan punggungnya semula di bangku batu sumbangan Kelab Rotary...


.

Nizam.Ariff said...

Sepa
Dan... Fuh fuhhh fuuuuh..asap berkepol kepol menrrawang ke langit lazuardi..

Haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com