Thursday, December 12, 2013

Mencari hak dibumi bertuah ini...

.

"Tahniah! Encik mendapat anak lelaki yang comel dan sihat."

Jururawat mengucapkannya bagi pihak bidan yang menyambut kelahiran anak itu. "Sila bawa dokumen ini ke kaunter depan. Isteri encik sihat, jangan risau."

Hasri masih teruja gembira tapi dikawalnya agar kekal macho. Berlari-lari anak dia ke kaunter agar cepat habis. Jika tidak, anak dan isterinya tidak dibenar keluar dari situ.

"Ermm... Encik Hasri?" Hasri anggukkan kepala. Dokumen tadi diperiksa oleh staf manakala jari jarinya laju menekan papan kekunci.

"Ok. Nama anak encik seperti mana yang telah encik daftarkan ketika encik berdua berhasrat untuk berkelamin dahulu. Oleh kerana ini anak pertama, encik berdua masih ada kuota anak perempuan seorang sahaja. Kami mengesahkan kelahiran ini."

Hasri anggukkan kepala lagi. "Sila encik pergi ke kaunter pendaftaran di sana." Hasri hanya menurut.

"Encik Hasri?" Hasri anggukkan kepala.

"Baiklah...ini kad pendaftaran kerakyatan, bersama-samanya ialah daftar kebajikan, hak mengundi, hak memilih agama dan segala hak yang termaktub di dalam perlembagaan. Seterusnya...ini pula lesen memandu dan hak memiliki kenderaan persendirian sebanyak sebuah sahaja...diberikan secara automatik dan sah laku bila berumur 15 tahun."

Hasri anggukkan lagi.

"Dan ini pula adalah senarai fail kepunyaan anak encik yang telah diwujudkan secara automatik juga. Sayasebutkan ...nombor rujukan insurans, nombor akaun penggajian, nombor akaun percukaian..."

"Kami telah pra-daftarkan anak encik untuk Haji. Jika anak encik memilih untuk memeluk Islam apabila berumur 18 tahun nanti, giliran beliau dianggarkan 124 tahun lagi. Ini bermakna anak encik mungkin tidak berpeluang untuk Haji."

Hasri angguk anggukkan lagi.

"Encik Hasri..." Hasri menoleh apabila namanya dipanggil setelah dia mula beredar dari kaunter.

"Encik perlu faham bahawa anak anak adalah pewaris kita. Kita hanya meminjam segala hak kita daripada mereka. Oleh itu, anak lelaki encik akan beransur ansur memiliki hak hak encik selari dengan perkembangan umurnya. Begitulah juga dengan anak perempuan dengan ibunya. Menjelang umur anak encik 21 tahun, dia akan lengkap memiliki semua hak encik. Ini bermakna encik tiada hak lagi di sini. Harap maklum."

Hasri angguk anggukkan kepala lagi. dia beredar sambil melihat kad kerakyatan anaknya bertarikh lahir 12.12.2030...





.

14 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

payahnye...

errrm?

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Alaaa..tu citer je...hehe

Kniedaz said...

huh..kalau macam tu..ko rasa lagi senang ke lagi susah..kuota dua je..kalau terlajak camna? xde kerakyatan ke?

Su @ Aya said...

maka apabila si anak berumur 21 thn, ayah atau ibu berumur katakan baru 46 tahun, tetapi tiada hak apa2 lagi. kesiannya manusia yg hidup tahun tu kan...

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Mgkin kena byr cukai kepala lebih...smpai tak mampu byr dan mati kebuluran...hahaha.

Suaya.
Mgkin jadi PATI la kut...

t.a.t.a said...

hmmm... memang betul payah.

Daddy Ziyyad said...

Ni mesti kat negara Pasir Berdengung kan? Sgt effektif...lahir2 dah ada nombor cukai ! hahaha

Nizam.Ariff said...

Tata.
Harap tak jd betul2...

DaddyZ.
Hahaha...dpt juga ko cari punch line aku...

cinta said...

kesemua hak itu tertakluk kepada terma dan syarat. Ke3..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Nak hidup pun payah...

LydSunshine said...

anak hasri tu ada hak tak utk mempunyai email access dan blogger. patutnya pegawai pendaftaran tu create terus id dia.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Tak terfikir pulak aku...
Tapi bagus idea tu...

ASH said...

Ajar budak tu netek dulu laa..
.
.
.
lapor dah tu!!!

Nizam.Ariff said...

Ash,
Err... aku pun nak belajar gak la kalau gitu... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com