Tuesday, December 10, 2013

Makan Ikan Jelawat Bakar sedap di restoran Tasik Raban di Ipoh, Perak

.


Masih di Ipoh. Pada kali ini, kami mencari pelabuhan untuk makan tengah hari pula. Dengar-dengar dari kawan yang orang berasal dari Ipoh, ada sebuah restoran yang terkenal dengan juadah ikan bakar -  restoran Tasik Raban. Masalahnya, Tasik Raban itu ada di Grik sana.

Selepas membuat lawatan singkat di Muzium Geologi di Ipoh, kami bertanya kepada penyambut tetamu yang ada di muzium itu. Sebenarnya, aku bertanya ' adik biasa lunch di mana? makan apa? ' begitulah...

Kemudian, adik itu berikan jawapan yang sama...makan di Tasik Raban. Wuihh.. jauhnya! Tidak, katanya. Rupa-rupanya, restoran di Tasik Raban itu ada cawangannya di Ipoh. Bersebelahan stadium Ipoh. Berseberangan jalan, sebenarnya.


Kami makan ini:


Ikan patin masak tempoyak, gulai labu kuning dan kerabu kampong. Kerabu itu memang sedap sungguh!
Ada pelbagai jenis daun, termasuk daun putat atau gajus... aku ambik sikit pula tu.
Aku memang rekomen kerabu itu... ambik banyak-banyak.




Dan lauk utama kami ialah Jelawat bakar. Mula-mula fikir juga harganya mahal tapi bila fikir lagi mendalam,
alang-alang dah sampai, makan sahajalah. Cili itu juga sedap, tidak terlalu pedas walau pun nampak macam itu. 



Selain daripada harga (separuh) Ikan Jelawat bakar, apa yang aku boleh katakan ialah harganya amat berpatutan kalau dibandingkan dengan harga di Shah Alam.

Dan, perlu bersabar kerana ramai orang yang datang makan. Walau pun meja ada banyak dan tempat letak kereta yang luas tapi orang masih ramai sehingga ada yang meletakkan kereta di bahu jalan...itu sudah menunjukkan populariti yang restoran ini dapat. Tapi  jangan risau, ada pelbagai dan banyak juadah yang dijamu secara 'self-service'... ambil sendiri hatta minuman pun ambil sendiri, kira kemudian...





.

9 comments:

Anonymous said...

memang mahal pun...

t.a.t.a said...

Aku adalah jenis yang makan durian, tapi tak makan tempoyak. Antara banyak² atas meja tu aku akan tolak tepi ikan. Sayur yang lain aku tarik.

PutriPurnama said...

Ikan jelawat ni, banyak tulang ke macam lampam jawa?
Mahalnya.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
Aku rasa pun gitu...tapi jelawat sungai memang mahal...

Tata,
Tempoyak kalau kena cara masaknya memang memantul...cuba la sekali sekala...

Nizam.Ariff said...

Puteri,
Tulangnya tak lah banyak sangat. Banyak lagi tulang ikan lampam jawa dan terubuk dan ikan parang.

ASH said...

Jelawat liar yang ditangkap dari sungai takper ler mahal...
.
.
.
hmmmm
tapi kalau yang dibela di sungai pun mahal macamana?

Nizam.Ariff said...

Ash,
itu yang payahnyer... tak pandai nak rasa bezanya..

Papa-NtiQ said...

Hi Nizam....Cakap pasal restoren tasik raban, saya baru je pegi kat cawangan tepi stadium ipoh tu minggu lepas masa cuti sekolah. Selalu gak gi sana bila balik kg. Memang the best!
Baru upload pics kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com so bila senang2 tu jenguk la yer :)
Blog saya ni cakap pasal makan jer 100% takde topik lain hehe...kalu sudi follow la yer TQ TQ TQ

Nizam.Ariff said...

Papa.
Ok...nanti aku pegi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com