Monday, December 2, 2013

Pembazir tenaga letrik...siapakah?

 .

Aku faham kalau kerajaan mahu kurangkan subsidi bahanapi. Tapi cara dan bahasa yang  digunakan untuk memberitahu rakyat perlulah sesuai.

Janganlah terus suruh rakyat kurangkan penggunaan tenaga letrik sedangkan mereka ada statistik pembaziran letrik seisi rumah atau tidak? Mereka memang ada data purata penggunaan letrik seisi rumah tapi statistik pembaziran ada atau tidak? Kalau mereka nak buat kenyataan seolah olah rakyat masih banyak membazir, perlulah diberitahu berapa % pembaziran letrik itu. Nak tahu % itu perlulah ada 'baseline' atau tanda aras yang menunjukkan 'kalau di atas garisan maka membazir'. Mereka ada ramai cerdik pandai, mereka tahu nak buat macam mana.

Kerajaan juga perlu ada insentif untuk rakyat menggunakan barangan jimat tenaga. Memang telah ada, salah satunya ialah penarafan 5 bintang bagi barangan yang patuhi jimat-tenaga. Tapi  promosinya kurang atau telah tiada. Kena hidupkan semula. Promosi teknologi hijau pula banyak tapi kosnya masih tinggi untuk memilikinya.

Pembaziran letrik seringkali menuding kepada rakyat. Putrajaya bagaimana? Sekali sekala tetamu negara disajikan secara ' candle light dinner ' pun ok juga. Romantik tu...

Dan aku sakit hati dengan berjela jela lampu jalan. Tiangnya rapat rapat di kawasan bandar berbanding di kampung. Kenapa perlu rapat rapat? Kereta dan motor sudah ada lampu nak suluh jalan. Kalau di kampung memanglah perlu kerana sunyi dan rumah jauh jauh selain daripada lembu kerbau yang suka lepak di atas jalan raya. Kurangkan lampu jalan di bandar...jangan nak membazir untuk estetika jalan tapi kalau orang lepak lepak tepi jalan kena marah pula...





.

9 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

aku suka entri ni..apa kata letak kat FB hahaha..

sakit ati betul dengar berita tv3 td.

Balik2 kita yang kena jimat. membazir sgt ka kita ni.

Nizam.Ariff said...

Waterlili.
Asyiklah menekan rakyat...itu je la taunya...kalau penyelesaian mudah gitu je, arwah nenek aku pun nak keja menteri rasa rasanya...

Su @ Aya said...

tu la... suruh rakyat berjimat, mudahnya cakap. cuba gak bagi idea seketul dua, macamana nak menjimatkan tenaga.

huh.. menteri cap ayam belaka!

t.a.t.a said...

bil api rumah aku purata cuma RM100 aje sebulan, tapi bila dah 3 bulan tak bayar RM300 la terbang. huhu.

Nizam.Ariff said...

Su.
Menteri cap ayam??! Kakaka..
Wey...aku suka sardin cap ayam...


Tata.
100??!
Makanya nanti akan jadi 115 sebulan. Kenaikkan 15 tu boleh dapat beras sekampit yg 5kg yg 15% hancur...semuanya ada no. 5...

cinta said...

rumah rakyat satu living hall pakai satu mentol. Uih, membazirnya.

Nizam.Ariff said...

Cinta,
kena guna dari kul 7 sampai kul 10 malam je la kut...

Daddy Ziyyad said...

Kalau tang rakyat, semua nya membazir...semuanya " masih boleh dijimatkan"..

Kalau kena tang batang hidong depa " itu yang terendah di rantau ini"...." kerajaan prihatin dan sudah berjimat"..

Serius, ada rezeki berhijrah, memang aku akan berhijrah.

Nizam.Ariff said...

DaddyZ,
Aku sokong ko... nanti dia orang panggil balik atas special scheme, ko tak payah bayar tax tinggi2...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com