Tuesday, December 3, 2013

FAQ: Jawapan kepada persoalan kenapa tarif elektrik TNB perlu naik... dan GST...!

.

Mukadimah:
 
'Perlahan-lahan negara kita berubah menjadi sebuah negara kapitalis. Kau kena terima, aku pun kena terima walau pun aku dah tak ada kerja lagi.'' Kata seorang sahabat aku yang baru-baru ini diberhentikan secara VSS.

...........


Ini diantara jawapan-jawapan (FAQ) yang disediakan oleh myPOWER Corp. Hanya dua pertanyaan yang aku berminat:


TNB meraih keuntungan setiap tahun, oleh itu tidakkah kadar tarif elektrik HARUS diturunkan bagi membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup yang tinggi?

Benar, TNB meraih keuntungan. TNB membayar cukai dan prestasinya diukur mengikut tanda aras rakan tempatan dan global. Mereka perlu memenuhi Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan.

Keuntungan juga diperlukan untuk perbelanjaan modal bagi mengekalkan struktur modal efisen, dan untuk penambahbaikan prestasi rangkaian penghantaran dan pengagihan. 


Pulangan TNB pada modal dilabur adalah di bawah kos dan keuntungan diperoleh lebih rendah berbanding perbelanjaan modal. Dalam erti kata yang lain, sekiranya keuntungan TNB tidak berkembang selaras dengan hutang dan asetnya TNB tidak akan dapat berkhidmat dengan berkesan pada masa hadapan.


Adakah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas bil elektrik?

Menurut Bajet 2014, GST akan dikenakan ke atas semua pengguna berkuat kuasa pada April 2015. Bagaimanapun, pengguna domestik menggunakan 1-200 kWj sebulan tidak akan dikenakan GST. Tambahan pula, mereka tidak akan terjejas ekoran kenaikan tarif berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

 
- BERNAMA


Tenaga ini barang-perlu. Sama macam beras, gula, tepung. Barang-barang perlu ini kalau di kedai-kedai runcit diletakkan di bahagian belakang sahaja sebab tak perlu dibuat iklan atau promosi lebih-lebih. Kalau orang dah habis beras, dia akan bertanya dan akan beli juga.

Samalah seperti tenaga letrik ini. Kalau goyang kaki pun orang akan minta sambungkan dan bertanya bila nak pasang, tak perlu iklan-iklan. Kalau letrik terputus pun orang akan beritahu cepat-cepat, tak perlu payah-payah nak buat iklan. Untung pun banyak... walau pun katanya nak buat belanja modal. Tapi sebahagiannya untuk bayar bonus juga kan? Tapi, ye la..... orang yang kerja TNB pun kena bayar bil juga. Jadi, semua orang merasa.


Tentang GST

Kalau ikut jawapan itu, bil letrik juga bakal akan dikenakan GST nanti. Berapakah kadar GST?  6% sahaja.... sahaja???


Foto ini diambil pada tarikh 3 Feb 2015.



6% itu apabila dilaksanakan pada tahun 2015.
Tapi, tahun ini dan tahun depan, harga barang-barang sudah mulai naik sebab minyak.
Jadi, kalau kita kira 6% dibandingkan dengan harga barang-barang pada tahun 2013, pada tahun 2015 nanti nilai sebenar 6% itu bukan lagi 6%...!

Dengan tariff letrik yang dinaikkan, para pekilang dan pengusaha akan pasti menaikkan harga kerana kenaikkan kos. Pada tahun 2013 dan 2014 sahaja dua harga tenaga sudah/akan dinaikkan: minyak dan letrik.

Pada tahun 2014 nanti, segala-galanya akan naik harga...

Pada tahun 2015, setelah segala-galanya naik harga, barulah GST 6% akan dikenakan...!

Soalannya, adakah nilai 6% yang bakal kita rasai itu sebenarnya masih 6% ????? Sama sekali tidak!
Ingat.... kita perlu gunakan harga barang-barang 2013 sebagai baseline (tanda aras).


Tapi, kita dah tau jawapannya:
1. Malaysia masih terendah di rantau ASEAN.
2. Kenaikkan gaji tahunan akan meredakan kesan kenaikkan.
3. BR1M 3.5 akan diberikan

Kalau dah tahu jawapannya masih sama untuk 4 tahun lagi, tak payahlah gajikan menteri untuk bacakan jawapan. Kita gajikan mereka untuk membela rakyat.





.

11 comments:

Umm AA said...

penjelasan yg begitu jelas..
kalau letrik naik tak boleh beranganlah nak pakai keta letrik...hmmm..

Unknown said...

jawapan menteri yg macam tu kami dah hapal dah..

Dr K said...

Nak buek camano, ramai yang buto mato, buto hati bilo dapek BR1M...pok pek pok pek komplen...dapek BR1M..sonyappp..terus bagi kuasa lagi 5 tahun....elok la tu....:)

Tijah said...

byk2 billion yg dah save tu buat apa ekkkkkkk??? hahaha!

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
err... tak kereta letrik tu aku tak pasti relevan ke tak... hahaha


Rai O,
Haah... suh budak tadika bacakan pun boleh...


DaddyZ,
Orang yang belajar social politics dan memang faham perangai manusia... manusia ni cepat panas, cepat sejuknya... dia cerdik tu sebab boleh jadi ahli politik... aku tak cerdik, tu sebab aku hanya jadi pengguna je.. ko cerdik tak? hahaha...


Tijah,
Soalan yang sungguh relevan ... dan PEMANDU atau TERAJU pun payah nak jawab tu...
Aku syak, dia org nak bayar hutang Negara yang berbilion billion gak tu...

nae nematoda said...

semua benda dah naik , semua benda nak kena GST , semua benda dah macam membebankan rakyat...

Nizam.Ariff said...

Nang,
Takpe...nanti aras gaji pun naik...bukankah M'sia akan jd negara berpendapatan tinggi?
Tapi aku rasa pendapatan pekerja takkan tinggi tinggi pun...hehehe

t.a.t.a said...

Zam, Hasri kah yang pergi ke tahun 2015 itu?

Dia naik apa? time machine atau pintu suka hati Doraemon?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Haah... Hasri pergi dalam mimpi...

LydSunshine said...

jawapan bagi soalan pertama tu aku rasa mcm tak menjawab soalan sangat pon. main pusing2 jawapan je. ada org.... yg takut nak gajikan menteri yg sama je sebabbbbb... takut anwar gadaikan negara pada yahudi. huuuu... nangis.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Risiko ni kalau silap2 jd tak tersambut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com