Monday, March 10, 2014

Cerita seorang teman di Freescale..

.


Pada awal pagi Sabtu lepas kami berkongsi cerita gempar tentang kehilangan MH370 di kalangan group whatsapp kami.

Tiba-tiba salah seorang teman lelaki seolah-olah menjerit di whatsapp, "ya Allah, kawan-kawan aku dalam tu..." lebih kurang begitulah tulisnya. Kami minta kepastian sebab dia sebut 'kawan-kawan', maknanya ramai.

Dia kata ada 29 orang pergi ke China untuk berkursus di sana. Mesej dari dia seterusnya menunjukkan keadaan panik dan sedih. Tidak berapa lama kemudian, keluarlah berita tentangnya. Pada ketika itu aku ada di bengkel kereta. Nasib baik ada TV di situ.


Pada pagi tadi, dia tulis di whatsapp lebih kurang begini...

'Hari yang suram. Back to office, teringat nasib kawan-kawan'  08:04.

'Sangat terkesan kalau orang yang terlibat itu sangat rapat dengan kita.'   12:48.


'Baru selesai solat hajat dan bacaan Yaasin. Itu yang termampu setakat ini.'   12:51.


'Suasana hiba bila MD bagi speech. Ramai yang melelehkan air mata. Seorang-seorang nama yang terlibat disebut.  Management assigned orang untuk take care each family member.'   12:54.


Kami faham perasaan beliau kerana beliau telah bekerja di situ lebih 17 tahun. Sudah tentu beliau rapat dengan rakan-rakannya yang terlibat.


Jadi, kepada mereka yang kurang sensitif atau bermulut lancang menulis dan bercerita yang bukan-bukan, tolonglah fikirkan perasaan keluarga dan teman-teman yang terlibat.





.

7 comments:

Daddy Ziyyad said...

yup, aku dengar cerita yg sama pasal pekerja Freescale tu...

Nizam.Ariff said...

Daddyz,
Ramai yang hilang...memang terasa.

Irfa said...

betul tu, mmg terasa bila terjadi ps orang2 yg kita kenal
bg kami pun sama, bila org buat cerita ttg anak2 kapal kami. mmg geram je.simpati lah sikit pd sanak saudara mereka#mh370 pulanglah

Nizam.Ariff said...

Irfa,
Semoga diketemui...

t.a.t.a said...

Penantian satu penyeksaan psikologi, rohani dan mental.

aizamia3 said...

Moga usaha dan bantuan dalam pencarian tersebut dipermudahkanNYA..

Nizam.Ariff said...

Tata.
Tidur x lena, mandi x basah, tp makan tetap kenyang...

Aizamia.
Aamiinn...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com