Wednesday, April 23, 2014

Tips elakkan masalah aircond kereta - preventif

.


Beberapa perkara yang mungkin anda perlu tahu tentang aircond kereta:

 
  • Kerapkan membersih Micro Filter. Sesetengah aircond kereta mempunyai penapis 'Micro Filter'. Sejenis jaring menapis habuk dan dikatakan juga mampu menapis pollen, dipasangkan di kebuk cooling coil di dalam dashboard. Ia menapis udara yang disedut oleh blower di dashboard lalu disemburkan ke muka kita. Aircond kereta memang ada penapis, tetapi Micro Filter ini lebih rapat dan dapat menapis habuk dengan lebih berkesan. TAPI, oleh kerana ianya lebih rapat, Micro Filter ini perlu dibersihkan lebih kerap daripada biasa kerana semcara relatifnya ia cepat tersumbat oleh habuk. Jika dah tersumbat, blower akan berbunyi kuat atau berdengung TETAPI angin yang keluar macam lemah gemalai sahaja.
 
  • Kerapkan membersih karpet / alas kaki. Angin yang disemburkan ke muka kita disedut dari dua sumber - dari angin luar atau angin dari dalam kereta (circulation).  Boleh dipilih di tombol atau suis aircond. Biasanya kita pilih angin di dalam kereta atau circulation sebab kita tak mahu bau asap kereta. TAPI tahukah kita di mana angin itu disedut? Ianya disedut dari bawah dashboard di bahagian kaki penumpang di sebelah driver. Jadi, rajin-rajinlah bersihkan karpet / alas kaki di situ daripada habuk kerana jika tidak nanti habuk-habuk itu akan disedut masuk ke dalam blower.  Jika habuk itu melepasi penapis, ia akan melekat pada cooling coil yang 'berpeluh' dengan kondensasi (air dari udara). Habuk itu akan melekat dan mengotorkan cooling coil. Cooling coil menjadi kurang efisien. Untuk mencuci cooling coil, ianya perlu dikeluarkan dari dalam dashboard...bermakna gas aircond perlu dibuangkan terlebih dahulu. Apabila cooling coil telah dipasang, gas aircond perlu dimasukkan semula. Berapa kos gas aircond sahaja? RM 75 ~ RM110.
 
 
  • Elakkan dari 'ON' kan suis aircond jika enjin belum/tidak dihidupkan. Walau pun sistem aircond tidak bekerja jika enjin tidak hidup, jika kunci pada 'ignition' dan suis aircond 'ON', kipas blower aircond masih boleh bekerja untuk menolak angin ke muka. Kipas blower ini kuat menggunakan arus elektrik. Oleh kerana enjin tidak hidup, bermakna alternator tidak berfungsi untuk menjana arus elektrik, kipas blower tadi akan menggunakan tenaga elektrik terus dari bateri kereta. Jika bateri kereta sudah sedia lemah, ia mungkin bawa masalah untuk hidupkan enjin.






.

5 comments:

Rai Ourkizuna said...

kebetulan. air cond kereta aku mmg tengah masalah.. kereta dah jalan 30minit++ baru air cond sejuk..

t.a.t.a said...

Kes ekon aku itu hari yang bila on ekon enjin jadi berat. Baru² ni pergi tuning enjin, alhamdulillah dah kurang berat nya. Ia mungkin berat sebab keta lama kot.

Nizam.Ariff said...

Rai,
Dia nak minta dihantar ke klinik kereta tu... hahaha


Tata,
Ya. Betul tu, seperti saranan hari tu...

aizamia3 said...

eemm.. baru settle masalah aircond awek hubby.. itupun sebab bulan depan ai nak guna bawak p kerja.. hahaha..

Nizam.Ariff said...

aizamia.
ingatan siapa awek hubby tu tadi.. ahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com