Wednesday, May 21, 2014

Bolong...

.


..... ketika aku dongak ke langit, narawastu malam merenjis pipi. Harum baunya. Ia turun melalui lawangan ompong yang menembusi perut langit malam hingga ke seberang alam sana.


Aku lihat bintang-bintang bermain di ruang gelap kosong. Indah dalam ceria walau pun gelap gelita di sana.


Aku hanya berdiri di sini, berdiri di atas bumi realiti. Aku biarkan imaginasi aku keluar dari kotak kepala dan melayang ke atas memasuki bolong itu, bolongan yang membentuk lawangan ke langit gelap.


Sudah lama aku biarkan ia melata di bumi, apa salahnya pada kali ini aku biarkan ia terbang ke sana. Ia mahu bebas meneroka alam yang baru baginya.


"Jangan lupa, pulanglah apabila langit mencerah di ufuk timur!" Aku jerit.

Tapi, seperti anak muda yang sedang ghairah mahu mencuba, ia hanya mengangguk tanpa suara.




.

10 comments:

t.a.t.a said...

So, dah balik dah sekarang ni?

LydSunshine said...

sundel bolong ke? Kalau wangi takpe la. Ngape suh balik cepat sgt.

sudipVSsenduk said...

piat je telinga kalau tak nak dengar cakap

Kniedaz said...

aku cuma ingat Akta je skang...takkan akta yang terbang ke awan??

Nizam.Ariff said...

Tata.
Blom..tu tgh pergi jauh..janji tak ditepati...

Lyds.
Hah!?... Bolong = lubang...

SvS,
Kalau piat pun aku sendiri yg rasa sakitnya...

Kniedaz.
Akta? Siapa akta tu? Aku tak tau...

Daddy Ziyyad said...

narawastu tu apa?

Nizam.Ariff said...

DaddyZ,
Sejenis minyak Wangi zaman dahulukala...tapi wanginya mungkin tak macam Channel atau Boss.... aku rasa ala-ala Kasturi atau gaharu kut..

Khamsi Abdullah said...

Gile arh bahasa! Sedap..

Nizam.Ariff said...

Khamsi.
Hehehe....tkasih.

Khamsi Abdullah said...

Same2

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com