Wednesday, May 21, 2014

Bumi Realiti...

.


......nah, kini tiada lagi imaginasi, ia sudah pergi naik ke bolongan langit malam dan belum kembali. Kini aku sedang berpijak di atas bumi realiti. Mari aku ceritakan serba sedikit tentang bumi realiti yang aku tahu:


----------------------------

Seorang lelaki berbaju kot hitam, bercermin mata hitam dan berseluar, juga, hitam. Kasutnya? Kasut kulit berjenama Bailey berwarna cokelat ke hitaman. Lelaki itu berkemeja putih bersih dan bertali leher merah. Potongan rambutnya kemas. Susuk badannya juga kemas dan berumur dalam lingkungan 30-an. Pada tangannya ada senaskhah suratkhabar. Seolah-olah segala duniawi melekat padanya.

 Tidak jauh dari dia, ada seorang lelaki tua yang pakaian putihnya telah kusam dengan bekas-bekas 'watermark' kekuningan, berselipar getah yang mereput seperti reputan separa hayat isotop-isotop Molibdenum dan Iodin. Berambut panjang paras bahu dan berkopiah tenum warna hitam. Berseluar panjang kelabu yang ada sedikit jahitan kedua di kelangkangan akibat benang yang telah retas. Orang tua itu tak meminta-minta. DIa tak kacau orang lalu lalang.

 Lelaki tua itu hanya duduk sambil memerhatikan sekeliling:- burung-burung berenang, pucuk-pucuk muda berguguran ditiup angin, kucing mengejar anjing, tikus mengejar kucing.

Dia juga memerhatikan manusia yang lalu-lalang:- anak memarahi ibu yang sedang memakan aiskrim dengan selekeh, isteri memarahi suami yang berbelanja lebih.

Dia juga melihat ke langit: bas dan lori sampah yang melayang lalu hinggap di pucuk pokok, teksi-teksi awam dan sewa khas yang terbang lalu hinggap di puncak-puncak bangunan, tren dan keretapi yang bergerak ke atas dan ke bawah membawa penumpang naik dan turun bangunan pencakar langit.

"Dunia ini gila... " keluh lelaki tua itu.

Keluhannya didengari oleh lelaki muda dan tampan seperti AeronN tapi bukan. Jelas bukan.

"Awak yang gila... " kata lelaki muda sambil menuding telunjuknya kepada kepala lelaki tua itu.

"Bukan...! Awak itu yang gila ... ! " balas lelaki tua itu. Lelaki muda itu tersentak sedikit.


Kemudian, kedua-duanya melihat diri masing-masing. Lihat pakaian masing-masing. Kemudian pula, mereka lihat segala di sekeliling. Kesimpulannya, segala-galanya adalah songsang. Segala-galanya adalah terbalik. Kemudian, lelaki tua itu tersenyum kepada lelaki muda sambil berbisik...

"Kamu itu yang sudah gila..."

Lelaki muda itu terkedu. Tak terkata apa-apa.





.

9 comments:

Lynn Abd Latib said...

Aku rasa dah cukup lama tak membaca ayat2 sastera begini sejak meninggalkan zaman sekolah lagik!!

Lynn Abd Latib said...

Untungnya kamu pandai mencurah bakat melalui bahasa..

Jealous!!

Nizam.Ariff said...

Lynn,
Mungkin berbahasa aku pandai, tapi bercakap belum tentu...kerana aku tak pandai sebenarnya...

LydSunshine said...

apa yg gile? pakai baju ala2 will smith dlm men in black ke?

Nizam, ce ko share cara nak ajar anak baca buku. Aku berminat ni nak tau.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Byk teori ttg ni....ttg child development, mental growth dan pengisian dr segi islamik...itu semua tools for child growth. Dah faham, barulah pilih apa bahan yg sesuai dan bagaimana utk laksanakan...

t.a.t.a said...

So sebenarnya siapa yang gila?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Tekalah....haha

t.a.t.a said...

Boleh jadi gila nak teka siapa yang gila.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Hahaha....semuanya gila...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com