Monday, June 16, 2014

Bukit Malawati dan sebuah masjid...

.


Sambungan dari misi Shah Alam - Sg. Besar...

Selepas singgah di Cendol Bakar, aku melepasi sebuah gerai menjual Karipap Gergasi. Pada awalnya memang hendak cuba karipap itu tapi bila perut dah beralas dan bahu jalan yang agak sempit, kami tak jadi singgah. Maka kekallah misteri Karipap Gergasi itu di kalangan kami.

Kami juga lepasi simpang ke Kg. Kuantan yang ada kelip-kelip 'kusangkakan api, kalau api dimana puntungnya' itu. Satu masa dulu, kami pernah singgah di jeti itu. Sudah beli tiket pun, sudah siap beratur pun tapi dek tak ada rezeki, hujan turun mencurah-curah. Maka pelan digagalkan dan duit tiket dipulangkan atas sebab Force Majeure atau acts of god.


Dalam pukul 11.30am, kami pandu naik ke Bukit Malawati. Kami rentet kisah silam kami yang masih bergentayangan di batu-batu pejal, pokok-pokok dan tembok kukuh. Oleh kerana hari itu hari Jumaat, aku berfikir tentang lokasi masjid untuk solat Jumaat. Dekat simpang sebelum ke sini ada sebuah masjid besar tapi aku tak singgah sebab masih awal...dengan kepastian bahawa banyak lagi masjid di tepi jalan seterusnya.


Jam sudah pukul 12.20, sudah masanya kami beredar mencari masjid. Lagi pun kami disapa monyet lotong yang duduk-duduk di birai tembok dan penghadang jalan di atas bukit itu. Aku teringatkan kisah bani Israel yang engkar. Cepat2 aku pandu turun.



Di kaki bukit Malawati ada sebuah masjid tapi aku musykil sama ada masjid itu masih berfungsi untuk solat Jumaat atau tidak. Sebabnya aku tak nampak langsung orang di dalamnya.

Aku teruskan perjalanan ke utara menuju ke Sg Besar. Dalam masa yang sama, kami mencari-cari masjid. Akhirnya kami jumpa sebuah masjid yang agak besar di twpi jalan. Kami pun singgah.

Jam menunjukkan hampir pukul 1pm tapi laman masjid masih kosong. Selepas berwudhuk di luar aku bertemu seorang pakcik...dan seorang lagi mungkin siak masjid. Sudah hampir azan, ruang utama masjid barulah dipenuhi perlahan-lahan. Aku rasa masjid ini bukan tumpuan kerana ini...




Ketika masuk, aku dapati sejadah yang bersusun tak selari dengan garisan karpet masjid. Aku andaikan sejadah itu belum diluruskan tapi bila aku tengok sejadah imam pun sama juga...senget. Serba salah dibuatnya. Akhirnya aku tanya kepada seorang pakcik untuk kepastian....dan benarlah, sejadah perlu disengetkan sedikit untuk dapat  arah kiblat yang sebenar.




(sambung...)

.

8 comments:

smbotak said...

solusi mudah, tak payah sampai nak robohkan masjid tu (aku rujuk kes kat johor tempohari). tak gitu? kalau ada renovasi yang akan datang, barula fascade keseluruhan tu diperbetulkan.

Nizam.Ariff said...

SM.
Betul juga tu...bangunan tu cuma bumbung dan dinding, yang penting solat hadap kiblat. Alaaa...rumah aku pun bukan tepat ke kiblat, solat kena senget 15° juga...

smbotak said...

kalau semua bangunan nak kena ada orientasi tertentu (contohnya arah kiblat), haru-biru la jadinya. topografi tanah kat tempat kita ni pun bukannya flat macam padang... hehehee...

Nizam.Ariff said...

SM.
Nak guna kompas cari arah kiblat dlm bangunan pun kena hati2 sbb elektromagnet dr punca elektrik dan wiring. Dua kali aku terkena..sekali di surau di tempat kerja, ada mamat recalibrate arah kiblat guna kompas...bila aku bawak ke luar bangunan, lari dlm 5°… kali kedua masa kat sebuah hotel di Jepun...aku guna dlm bilik...bila compare dgn kawan, arah kiblat lain-lain...jenuh bertekak...pada masa tu la dia beritahu efek elektromagnet kpd magnet kompas murahan aku tu...

smbotak said...

sama jugak macam aplikasi android (smartphone) yang ada arah kiblat sekarang. masing-masing ada ralat. ntah mana satu yang betul. last2, kaedah tradisional jugak yang paling afdhal...

Nizam.Ariff said...

SM.
Aku sampai skrg tak faham pasal north dan true north...dan sama kompas yg kat pasar mlm dah compensate atau blom...

Daddy Ziyyad said...

karipap besar/giant tu, takde la sedap mana pun..saiz aja besar..padanlah dgn harganya

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Ooo....aku ingat ada telur rebus sebiji di dlmnya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com