Thursday, June 12, 2014

Resepi untuk Ikan Haruan...

.


Masih ingat entry aku tentang Ikan Haruan pada minggu lepas? Ikan haruan sebesar peha bayi itu jadi begini:





Oleh kerana ikan itu bersaiz XXL, aku tak mampu nak halang imaginasi aku menerawang kepada imej seekor ular sawa. Jadi, aku hiris ikan itu agak nipis-nipis dan digoreng. Bila dah nipis, imaginasi aku taklah meliar sangat.


Kemudian aku tumiskan semula dengan halia, bawang merah, bawang putih, cili merah dan terung pipet. Oleh kerana aku tak ada towchoo, aku henjutkan kicap dan aku curahkan air asam jawa. Ya, cili lawannya ialah asam jawa...baru menendang. Asid dari asam akan 'potong' sikit pedasnya.


Aku ada separuh bahagian lagi ikan haruan itu. Kali ini nanti aku ingat nak tumiskan dengan buah jering tua pula. Buah jering sudah siap-siap aku rebus, tinggal untuk dihiris nipis dan ditumiskan.




.

6 comments:

Sylarius Yusof said...

Peh, memang solid. Ikan haruan kalau dapat yang dari sungai or dari sawah punya memang manis isinya. Masak apa pun memang lazat.

Nizam.Ariff said...

Sylarius,
memang manis tu sbb bukan haruan bela... tapi dah besar sangat, tengok kulitnya dah teringat ular sawa pula.... hahaha

Kakzakie said...

Oh... tak sangka boleh tahan juga memasak ye:)

Hmm... mana dapat terung pipit tu? Kakak tanam tak berbuah-buah tapi kat tepi jalan rumah kg kakak senang-senang aje lebat walau tak dijaga...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Resepi org kpg bolehlah sikit2...;)
Terung pipit tu diambil di kpg..blk kpg baru2 ni...

Rai Ourkizuna said...

ala..jangan la sebut pasal ular.. ngeri.. tak penah makan ikan haruan.. ngeri...

Nizam.Ariff said...

Rai.
Bukan ke aritu ada mancing haruan???
Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com