Thursday, June 26, 2014

Sekadar renungan...dan sedikit penghayatan

.




Dari Imam Al-Qurtubi di dalam buku: Rahsia Kematian - alam akhirat dan kiamat:-

Diceritakan bahawa Malaikat Maut datang menemui Nabi Daud a.s.
Dan sesampai di sana dia ditanya oleh Nabi Daud a.s., "siapakah kamu?"
Malaikat Maut berkata, " Tidak ada seorang pembesar yang aku takuti, tidak ada satu pun benteng yang mampu mencegah aku, dan tidak ada seorang pun yang boleh merasuahku."
Nabi Daud a.s. kemudian berkata, " Jadi kamu adalah malaikat maut?"
Malaikat Maut menjawab, "Benar."
Nabi Daub a.s. kemudian berkata, "Mengapa kamu mendatangi aku, sedangkan aku masih belum bersedia?"

Malaikat Maut lalu bertanya, "Di mana si fulan temanmu itu? Di mana jiran tetanggamu si fulan?"
Nabi Daud a.s. menjawab, "Dia telah meninggal dunia."
Malaikat Maut kemudian berkata, "Mereka merupakan peringatan bagimu agar kamu bersedia menghadapi mati."


Berdasarkan Surah Al-Ahqaf:15, Allah s.w.t. berfirman bahawa orang yg telah mencapai usia 40 tahun sudah waktunya untuk mula mengira nikmat Allah s.w.t. dan bersyukur kepada ibu bapanya.".




.

4 comments:

Khamsi Abdullah said...

Ada fesbuk tak?

https://www.facebook.com/groups/bloggermarhaen

Sangat terkesan. Dalam dan agak pedih walaupun ringkas.. takkan saya pun nak jawab tidak bersedia nanti atau sekejap lagi?

Nizam.Ariff said...

Khamsi.
Takde fesbuk...

Rai Ourkizuna said...

peringatan datang bertubi tubi.. semoga Allah sentiasa beri hidayah pada kita..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Itulah yg aku nak share....kadang2 kita alpa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com