.
Kelibatnya aku terlihat lagi. Dulu, kelmarin,
semalam...semakin kerap, semakin hampir.
Detak jantungnya seolah-olah boleh aku kira degupnya,
semakin begitu hampir...
Bertahun aku hirup udara ini, di sini
dia mampir membawa bauan wangi.
Kerap aku tenggelam hanyut dalam wangi itu.
Kini hanyut itu bersama kenangan.
Kini, aku mahu katakan kepadanya, datanglah lagi.
Aku berusaha untuk tidak menyapa kamu dengan nafsu.
Aku hilangkan nafsu itu, yang tertinggal padaku hanyalah rindu.
Aku ucapkan Selamat Datang lagi ke dalam hidupku.
Dengan ikhlas hati aku buang nafsu, yang ada hanya rindu
kepadamu...
.
No comments:
Post a Comment