Saturday, December 20, 2014

Mengira daya regangan tulang belakang...

.

Salah satu fisioterapi yang aku jalani ialah menarik tulang belakang. Caranya:  aku terlentang, ada satu pendakap yang mengikat kepala dan dihujung tali itu disangkutkan kepada satu mesin penarik pneumatik.

Inilah yang aku nak ceritakan di sini. Aku tanya adik fisioterapist, berapa kuat tarikan itu (sebab aku takut tercabut kepala)? Dia kata "diantara 10%-13% daripada berat badan".

Kemudian aku terfikir, daya regangan yang pada tulang belakang juga boleh dikenakan ketika ruku'...cuma aku tak pasti berapa kuat daya itu. Jadi, aku buat anggaran kasar seperti berikut:-






Secara kiraan kasar dengan sudut lengan dan lutut diantara 30°~45°, aku dapati daya regangan itu lebih kurang 16%~28% dari berat badan. Ini sudah cukup untuk melakukan fisioterapi sendiri...pada bila-bila masa.


Dengan sedikit ubahsuai kepada sudut atau kedudukan lengan dan regangan otot belakang, daya pada tulang belakang boleh diubah mengikut keselesaan.



(Disklaimer- aku tak kata solat adalah senaman. Solatbadalah ibadah suruhan)




.


9 comments:

SuzieLAWAti said...

yang wajib itu banyak khasiat dan tersiratnya... cuma kita yang tak mahu memahami.,

Nizam.Ariff said...

CPL.
Ya...byk rahsianya klu kita fahami...

Saniah said...

tul tu,, banyak kebaikan kesihatan yang kita dapat ketika mengerjakan sembahyang, terutamanya ketika sujud,, darah dalam urat saraf kepala akan bergerak,, betulkan jika saya silap,,

tasekM said...

rajin betul mengira...

Nizam.Ariff said...

Cik Anie.
Klu berdiri tegak pun darah masih sampai ke kepala...mgkin maksudnya tekanan dlm kepala bertambah.


TasekM.
Hai Tazsss.....!!!
Lama tak nampak...aku dah tak nak kutuk2 dan buli2 dah. Aku tak sanggup biarkan ko merajuk pergi. Kita mulakan jalan yg baru...

tasekM said...

hamboih.
suka suki buat konklusi aku merajuk ek...


.

Nizam.Ariff said...

Tasekm.
....dah tak terfikir sebab lain dah....keh keh

Anonymous said...

kesan sampingan solat utk tubuh badan. bukannya solat tu satu senaman.

eh, boleh jd prof, buat formula sendiri.

hehe.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Boleh...cer buat thesis on this...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com