Tuesday, April 7, 2015

Cara mengambil umbut kelapa di atas pokok

.

Umbut kelapa...aku suka.
Makan mentah-mentah
Atau dimasak lemak putih
Atau dibuat kerabu.
Umbut kelapa yang segar terasa manis.

Antara cara yang diguna untuk mengambil umbut:


Mula-mula pangkas semua daun mana yg boleh


Tetak dibahagian umbut dan tarik guna galah pengait.
Biarkan batang pokok tegak berdiri sbb nanti ada
kumbang kelapa bertelur.
Ulatnya boleh dibuat umpan memancing ikan Baung!


Umbut kelapa....



Kakak aku masak lemak putih dengan udang kering
Dan aku lihat dia gunakan air kelapa ketika memerah santan
Itu menjadikannya lebih manis dan terasa segar.




.

10 comments:

Kniedaz said...

masa kecik-kecik mak akan masak lemak umbut bila ada org tebang pokok kelapa kat seberang jalan umah...lama tak makan..

sharamli said...

Suka jugak!! Dah lama tak makann

Daddy Ziyyad said...

terima kasih sebab share gambar tu...baru aku tau..oooo..itu rupanya posisi umbut kelapa & cara ambiknya

SuzieLAWAti said...

orang yang tukang cerita ni tau makan umbut n amek gambo je kan....

kesian orang yang amek umbut tu.. kot2 tak kena gigit kerengga ke apa....

eyh jabb.... umbut yang dalam kelapa tu n sedap gak kan... ?!

Nizam.Ariff said...

Kniedaz n sharamli.
Jgn tertipu dgn umbut kelapa sawit lak...haha

Daddyz.
U r always welcome...:)

Suzie.
Yg dlm biji kelapa tu 'kentoz' atau ada juga panggil 'tombong'...yg muda sedap..

danish aurora said...

SALAM SINGGAH

Nizam.Ariff said...

Danish.
W'salam...

aizamia3 said...

Dapnya.. dulu kalau pakcik tebang pokok kelapa.. ai standby dah nak makan umbut kelapa tu..
oh.. rindunya nak makan umbut kelapa.. tetiba feeling nak balik kampung.. huhuhu..

Nani said...

sedapnyaaa, baru minggu lepas saya makan umbut kelapa masak lemak putih kat majlis kenduri kahwin sepupu kat kg..memang bestlah, pekena plak dgn ikan masin..(telan air liur le jawabnya..)

Nizam.Ariff said...

Aiza.
Kampung tak jauh...hway ada....haha

Nani.
Ikan masin ikan sungai memang best....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com