Monday, May 4, 2015

Percutian di kaki Gunung Ledang ... bergambar...

.

Episod tun perak mudik ke Melaka diteruskan.
Dengan berombongan ke Laman Tiga Budaya
di Asahan, ada taman tema air di hujung jalan.
Di kaki Gunung Ledang.

Sesampai di situ, mereka masuk ke taman
tapi aku bersembang dengan kakak dan anaknya
Aku bertanya airnya dari mana? jauhkah?
Apabila dia kata di belakang ada anak sungai,
naik ke atas sikit ada banyak kolam dan jeram
terus aku tanya....'ada ikan tak?"
"Ada orang memancing?'
'Adaaaa...' jawabnya.
Aku tak jadi masuk ke taman tema itu.
Aku berjalan ke luar untuk tinjau sekeliling...








Rama-rama hutan yang mengorat aku...



Tiada orang lain di situ.
Aku lihat ada banyak ikan keli dan anak2 ikan.
Ada 3 perkara dipertimbangkan sebelum memancing.
Ikan....joran.....dan umpan.

Umpan?
Aku kuis2 tanah berpasir dengan ranting
terpacul cacing tanah bersaiz sederhana. Cantik!

Aku bergegas ke kereta.
Aku ambil joran teleskopik 12 kaki,
joran yang memang sentiasa ada.
Tak lama kemudian, umpan pun dilabuhkan.
Diantaranya yang dapat dikail...









Tak lama kemudian, datang seorang pakcik Cina bertatoo.
Ada perkakasan mandi juga. Dia pun mandi dihulu sedikit.
Bunga-bunga terapung2 dan hanyut.
Juga ada hirisan limau purut....dia mandi bunga!

Bila dia berpakaian semula, aku bertanya..
"Uncle mandi bunga?"
"Mandi semayang punya..." Jawabnya.
"Ikan keli banyak ni Uncle punya juga?"
"Ya...ikan semayang punya" jawabnya lagi

Ooo...patutlah ada banyak ikan keli.
Pada ketika itu, aku dah kail 3 ekor...!
"Ok Uncle...saya tak kail ikan keli lah.
Nanti yang saya kail, saya lepaskan."
"Ooo....ok...ok....thank you" balas Uncle
"So...Uncle boleh lepaskan ikan lagi ha.." katanya
Lalu dia ambil sebuntil plastik berisi puluhan ekor
anak keli, dan dilepaskannya....


Aku teruskan memancing anak ikan.
Aku jauhkan mata kail dari ikan keli.
Tak lama kemudian, datang dua anak muda
turun dari hulu jeram menangguk ikan
Aku bertanya, ikan apa yang dicari?
(kerana dalam hati aku, mesti cari ikan keli)
Benar...mereka buru ikan keli!
"Ikan keli tu bertuan...ada yang lepaskan"
aku kata sambil jari telunjuk menuding
sebuah tokong kecil berbalut kain kuning
tidak jauh di atas tebing.
"Kalau nak juga, aku ada 3 ekor ni....ambillah"
aku tawarkan ikan yang pancing.
"Ooo...ye keee...kalau gitu takpa lah."
jawab mereka lalu tak jadi menangguk lagi.


3 ekor ikan keli...aku lepaskan


Bunyi reriang berdesir di bawah kanopi hutan dara...
Bayang-bayang dedaun lebar tumpah ke sungai...
Air jeram yang sejuk....ahhh...tiada orang..







Dan aku pun berendam...sejukkan badan.
Berseorangan....hmm...
Aku syak ada gadis bunian intai.

Setelah puas mandi dan memancing, aku kenakan
pakaian semula. Ikan2 aku lepaskan.
Aku kembali ke kaunter taman tema untuk
membeli air tin.
"Hmm...baru lepas memancing lettew.."
Gadis muda berkulit putih berkening nipis
menegur sambil memberikan air tin.
Aku tersenyum kelat..."mana tau?"
"Alaa...tadi nampak abang ke sana"
jawabnya sambil tersenyum...



.

7 comments:

Daddy Ziyyad said...

kah kah kah...kau pancing ikan keli uncle tu rupa rupanya...tu pasal aku pelik, apasal adaikan keli plak...

ko mandi bogel ke sampai bunian nak intai? hahaha

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Keh keh...biarkan kau hanyut dlm imajinasimu..

SuzieLAWAti said...

tanye dia tak mandi untuk ape..?!...

Nizam.Ariff said...

Suzie.
Mandi buang sial majal kut....haha

Kniedaz said...

Berendam sambil diintai bunian...ko rasa...ada yg nak ajak ko balik x?

cinta said...

Ha2. Rupanya bunian kaunter tu yg intai. Aww..

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Derang takmo aku ....haha

Cinta.
Jangannnn...aku malu....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com