Sunday, August 14, 2016

Aku jumpa port baharu Ikan bakar dan patin tempoyak

.

Tak la baharu, gerai itu sudah 2 kali hari raya beroperasi. Tapi aku baru tahu @ merasa 2 minggu lepas....selepas kawan ajak ke situ. Selang 2 hari, aku ajak Mama dan Ariff ke situ pula.



Menunya mudah....set ikan bakar+nasi dan set patin tempoyak + nasi. Ulam raja dan sambal belacan diberi bila diminta. Air sirap percuma.

Sos ikan bakarnya memang sedap. Patin tempoyaknya juga sedap kerana katanya guna patin sangkar dan tempoyak Pahang. Harga? Murah sedikit dari restoran nasi campur atau ikan bakar.

Tapi ia beroperasi dari jam 11am hingga 3 pm (mungkin tutup lewat sikit). Lokasi? Di kawasan lapang (bekas tapak gerai yang dirobohkan lama dulu) diantara padang permainan dan flat Proton blok 6, seksyen 27 S. Alam.

Gerai beratap zink tidak berdinding. Sempoi sahaja gerainya. Dan ikan bakar itu hanya dibakar bila dipesan...jadi kena tunggu 15-20 minit....




.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com