Tuesday, August 9, 2016

Patuh syariah...

.

Selesai....tadi di Shah Alam. Tempat baharu...di IDCC, seksyen 15. Walau pun menunggu giliran lebih 200 orang, aku hanya tunggu 1 jam sahaja. Syabas KWSP.




Alang2 dah di kaunter, aku minta pegawai itu periksa baki akaun. Dia kata sekejap lagi sebab kena buka menu / skrin lain. Aku kata  takpe la kalau gitu, takut lama orang tunggu.

"Encik boleh check secara on-line sebenarnya. Encik dah daftar on-line?" Tanya dia.

"Tak daftar. Takut nak berurusan secara on-line." Aku kata.

"Kenapa?" Dia tanya.

"Tak nak nanti ada orang curi paswed, lepas tu tukar penama, lepas tu dia bunuh saya. Hah, macam mana?"


"Hahaha... encik ni fobia la." Kata pegawai wanita itu sambil ketawa mengekek.

"Urusan pengeluaran atau tukar penama tak boleh on-line, encik." Terangnya.

"Takpe la...saya tak nak."



.

5 comments:

sudipVSsenduk said...

keluar rumah pukul berapa? subuh sapie ke?

Kakzakie Purvit said...

Hihi... imaginasi terlajak tu buat takut nak online ye
Tempat kakak sini boleh check via machine - insert ic, letak thumb-print dah tu print- paper keluar dari mesin.

Betul pegawai KWSP buat kerja sangat pantas.

cinta said...

Wah dh regster. Tahniah.

ewanthology said...

Alhamdulillah. .. dah tukar ye... saya belum lagi.

Nizam.Ariff said...

SvS.
Aku dtg kul 12.30pm

Kakzakie.
Saja je....malas..haha

Cinta.
Syukur....

Ewan.
Tak perlu berkejar2....aku sbb cuti aritu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com