Sunday, April 16, 2017

Hikayat Petai Padi

.

Pokok petai ini tumbuh meliar... di kampung juga di bandar.



Sambil menunggu Ariff keluar dari sekolahnya pada hari tu, aku patahkan setangkai petai. Aku ambil yang sudah tua. Aku kupas dan aku makan.




Rupa-rupanya aku dilihat oleh seorang yang sudah berumur, juga menunggu anaknya.

'Teringat masa zaman budak-budak dulu, ya...' tegurnya dari keretanya.

'Haah....' balas aku, sambil tersenyum padanya.

Aku tak rasa budak-budak zaman sekarang, terutamanya yang tinggal di bandar, tahu akan petai ini. Mungkin mereka juga tak tahu buah petai ini boleh dimakan.

Aku hampiri seorang pelajar yang sedang menunggu seseorang untuk pulang.

'Nak sikit?' tanya aku.

'Tak apa laa...' balasnya sambil matanya memandang petai yang aku unjukkan padanya.

Aku rasa dia rasa pelik...


.

8 comments:

Kay said...

Dh tua ni pun baru tahu boleh dimakan. Masa budak2 buat main masak2 je

SmBotak said...

aku lupa nama petai ni. tapi zaman budak2 dulu selalu jugak makan time petang2 tunggu nak mandi, sebab ada tumbuh (atau pun arwah nenek aku yang tanam?) kat sebelah bilik mandi.

Nizam.Ariff said...

Kay.
Sedap gak rasanya...

SM.
Aku pggil petai padi..... ada gak panggil petai pipit.
Biasanya tumbuh sendiri...jarang org tanam.

cinta said...

Lagi pelik kalau budak tu kata "boleh jugak".

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Betul gak tuuuuu

kesoma rai said...

kami panggil petai belalang.. macam macam nama panggilannya ya.. hehehe

Deanna Aris said...

petai nie je yang boleh makan.. petai yang besar tu harammmm huhuhuu..

Jemput singgah Ketahui Tahap Kesihatan Melalui Najis

Nizam.Ariff said...

Deanna.
Hah??? Haram??

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com