Thursday, April 20, 2017

Aku manusia yang gagal...

.

Aku tak senang dengan masa
Banyak cerita kisah purbawara
Lapok...tapi masih suka ganggu minda

Aku tak senang dengan graviti
Rasanya tubuh makin berat berisi
Keliru...aku mimpi dah kurus melidi

Aku tak senang dengan awan
Aku tak senang dengan angin
Aku tak senang dengan matahari
Aku tak senang dengan bulan

Aku tak senang duduk kerana semua itu
Aku tak senang lena kerana semua itu

Atau semua itu yang tak senang dengan aku?
Mungkin akukah yang bermasalah?

Aku yang gagal dalam adaptasi
Semua itu berubah...tapi aku tidak.


.

3 comments:

cinta said...

Pening ar..

kesoma rai said...

sikap bangau oh bangau.. semua salah orang lain atau benda lain.. hehehe

Nizam.Ariff said...

Cinta.
straight forward je tuuu

Kesoma
....sbb jari aku lurus ke depan.... haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com