Monday, October 2, 2017

Disposable Income yang mencengkam kocek

.

Tanpa sedar, rupa-rupanya aku juga gelandangan di bumi Malaysia. Walau berbumbung, itu bukan rumah aku. Walau berkereta, itu bukan kereta aku. Sudahlah ada Income Tax, ada GST lagi.

Secara kasar: setahun bekerja, gaji dibayar 11 bulan, 1 bulan gaji diambil sebagai cukai, dalam 8% setahun.

GST pula, walau pun ada barang2 yang dikecualikan dan zero-rated tapi banyak lagi yang kena GST. Belanja dapur, minyak/tol, ubat klinik itu je yang tak kena GST. Selain daripada itu, kena 6% kalau dibelanjakan. Boleh dikatakan secara efektif, GST sebanyak 3% ada dalam pendapatan.

Bila dicongak: 8% + 3% = 11%. Maknanya, dalam RM100 duit kita dapat, RM11 kena beri kepada kerajaan. RM11 boleh beli tepung sekampit + gula sekampit + kopi serbuk dan garam.

Selain daripada itu, ada potongan KWSP 11%. Walau pun ianya tabungan, ia menyebabkan disposable income berkurang.

Ceritanya...
Semalam, aku berbual dengan seorang pekedai jual kain-baju. Dia kata, tak ramai orang nak beli belah. Mungkin ramai yang simpan duit atau kawal perbelanjaan untuk perkara asas dan perlu sahaja. Malah banyak restoran yang ditutup, tambahnya lagi. Kalau orang tak nak berbelanja, tak boleh berniagalah jawabnya.

.

4 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

aku tau ni. aku sendiri dah lama tak shopping baju. teringin mmg teringin. tp apakan daya. mcm ko ckp, aku pun hidup ala gelandangan yg ada rumah. huhu, syukur. alhamdulillah.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Kita pengembara di bumi Allah...

sudipVSsenduk said...

pakai apa yg ada
recycle apa yg boleh

Nizam.Ariff said...

SvS.
Ye....sejauh dan selama mana yg boleh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com