Tuesday, October 31, 2017

Lelaki dan men's watch...

.
Jam tangan pertama yang aku pakai ialah semasa diumur 11 tahun. Pemberian kakak aku, untuk dipakai ketika menghadapi Peperiksaaan Darjah 5 - untuk aku tetap awas dengan masa peperiksaan. Jam tangan pertama yang aku beli dengan duit gaji ialah semasa aku ke Jepun di atas urusan kerja. Seterusnya, ada beberapa jam tangan lagi yang aku beli dan pakai.

Sekarang ini, bila aku tengok kawan-kawan di sekeliling, aku dapati lelaki tidak kalah juga dengan jam tangan yang trendy dan ekslusif. Aku memang tak pandai bab ini sebab bagi aku masa adalah masa. Tapi tak mengapa. Ada lelaki yang beli untuk dirinya, ada wanita yang sedang berkira-kira untuk dijadikan hadiah trendy atau moden kepada si lelaki: di sini ada tips / pesanan yang aku dapat dari penaja:-



Memiliki best watch adalah bak wanita memiliki beg tangan yang eksklusif. Tak seperti kaum hawa yang ada pelbagai jenis aksesori untuk digayakan, aksesori untuk kaum adam adalah terhad. Oleh itu, jam tangan biasanya menjadi pilihan utama untuk kaum adam.
  • Pastikan jenis jam tangan yang ada di pasaran. Automatik, manual? Gaya formal atau sport? Bagi lelaki yang mahukan jam tangan formal untuk kerja, terutamanya mereka yang menceburi bidang perniagaan, pilih jam tangan yang mempunyai tali kulit asli seperti 'Daniel Wellington' agar nampak profesional dan kemas. Jam tangan automatik lazimnya lebih mudah dikendalikan dan dipakai. Ia juga lebih tahan lama. Jadi, pilih jam tangan automatik sebagai jam tangan harian untuk lebih mudah.
  • Jika anda jenis yang kerap bersukan dan meminati aktiviti lasak, pilih jam tangan khas yang tahan lasak seperti G-Shock. Kalau hanya sekadar meminati aktiviti kecergasan dan sukan, pilih jam tangan pintar seperti Fitbit yang mampu mengukur daya ketahanan dan mengira kalori makanan harian. Jam tangan pintar seperti ini juga sangat bergaya jadi taklah risau tentang kesesuaiannya dipakai secara harian.
  • Dan....jangan lupa untuk mengukur saiz lilit pergelangan tangan sebelum membeli jam tangan untuk mengelakkan daripada jam tangan yang dibeli terlalu ketat/kecil atau longgar/besar. Nanti menyesal pula sebab ada jam tangan yang tali tidak boleh dilaraskan selepas dibeli. 


Dah boleh agak yang mana satu sesuai untuk tangan kita tak?

.

3 comments:

sudipVSsenduk said...

jam hantaran perkahwinan saya dulu, beli di petaling street je.
Tapi sekarang ni Alhamdulillah :)

Rapunzel Cikilolo said...

jam hantaran itu hari, saya beli jenama caterpillar. yang murah punya dlm hrga rm120. dah rosak pun skrg ni. huhu.

Nizam.Ariff said...

SvS,
Aku dah lupa apa hantaran aku dulu...haha
Rap,
120 tu kira ok bagi aku...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com