Friday, November 17, 2017

Demi masa...

.

Entri yang lepas: pada hari Jumaat.
Dan entri kali ini sudah Jumaat lagi.
Begitu cepat masa pergi.

Bercakap tentang masa, salah seorang sahabat di dalam Whatsapp group melontarkan soalan tentang masa. Dia bertanya, adakah di akhirat nanti masa terhenti sebab manusia kekal muda?

Tulisnya lagi:
"Dunia beredar berpaksikan masa..tua..muda..hidup ..mati..is a matter of time. Di akhirat kekal abadi...seolah masa tidak berfungsi lagi."

Aku pula tulis:
"Hmm....masa masih wujud. Dan kehidupan kekal abadi.

Kekeliruan wujud apabila tua- muda dipaksikan kepada masa. Padahal tua-muda adalah proses biologi, bukan proses masa...

Masa ibarat air sungai yg tetap mengalir walau pun  kamu dah mati.

Kalaulah tua- muda berpaksikan masa, sepatutnya masa bagi kamu terhenti apabila kamu mati...dan tiada berlaku proses pereputan kepada mayat kamu.

Surah al-Hajj 22:47 yang bermaksud,
"Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu."

Sehari diakhirat = 1000 tahun ikut hitungan kita. Maknanya, diakhirat wujud masa.

Surah AlMaaidah. Ayat 037,
"Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api Neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal."

Di akhirat, di dalam neraka contohnya, dah dibakar tapi kekal hidup....kerana biologinya tak sama dengan sekarang di dunia. Disana, sistem biologinya kekal...malah ada riwayat yang biologi akan diperbaharui.

Jadi...mulai sekarang marilah kita semua berpegang pada pendapat bahawa tua muda itu adalah sifat biologi, bukannya sifat masa.

Jangan terpengaruh dengan masa seolah2 masa 'is the fundamental'.
Sebenarnya tidak. Masa adalah seperti hitungan Kilogram. Kita dah terlalu bergantung pada kilogram kalau nak kaitkan dengan berat. Padahal kilogram hanyalah ukuran, bukan fundamental. Jirim dan gravity yg define berat. Bukannya kilogram.

Harap penjelasan ini dapat beri manfaat. Inshaallah. Allahu a'lam."


.

1 comment:

Ultimate Quest said...

NIZAM ,MOHON HUBUNGI SAYA PERIHAL TAWAS KRISTEL 0123352912 email ; ultima.quest@gmail.com tk

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com